今天是阳历 2024 年 04 月 29 日 星期一 农历 三月月 廿一日

 

Bengkel CIDS Bersama Dr Ismail Bin MD Zain di SMJK Perempuan Perak, Ipoh
08/08/2020 • School Admin - SMJK Perempuan Perak (PERAK, IPOH) • Filed Under 文件存於 School Event • SMJK PEREMPUAN PERAK, IPOH 霹靂女子國民型华文中學

Satu sesi perkongsian ilmu dan bengkel CIDS telah dijalankan pada 8 Ogos 2020 (Sabtu) di Auditodium SMJK Perempuan Perak, Ipoh. Seramai 40 peserta telah menyertai Bengkel CIDS tersebut. Mereka terdiri daripada pihak pentadbir sekolah dan jurulatih CIDS sekolah. Perserta-peserta dari SMJK Perempuan Perak, SMJK Yuk Choy, SMJK Poi Lam, dan SMK Convent telah mendapat ilmu dan penerangan tentang CIDS dan berpeluang "hand on" dan mempraktikkan ilmu tersebut di Pusat Sumber SMJK Perempuan, Perak, Ipoh. Terima kasih kepada Dr Ismail sudi meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan ilmu tentang CIDS kepada guru-guru pada hari ini.