Karnival Sukan Tertutup SMJK Shing Chung 2010
21/04/2010 • School Admin - SMJK SHING CHUNG (PERAK) • SMJK SHING CHUNG 兴中国民型中学
Karnival Sukan Tertutup SMSC 2010
Peraturan Am Penyertaan Dan Pertandingan •1. Semua pertandingan dibahagikan kepada dua ketegori sahaja, iaitu pelajar sesi pagi dan pelajar sesi petang. •2. Pelajar diwajibkan memakai pakaian dan kasut sukan semasa pertandingan. •3. Segala peraturan sekolah hendaklah dipatuhi semasa pertandingan.
Badminton •1. Pertandingan acara bergu lelaki dan bergu perempuan dipertandingkan dengan Sistem Kalah Singkir. •2. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar. •3. Bayaran penyertaan RM4 satu pasukan.
Ping Pong •1. Hanya pertandingan acara perseorangan lelaki dan perseorangan perempuan dipertandingkan dengan Sistem Kalah Singkir. •2. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar. •3. Bayaran penyertaan RM2 satu seorang.
Catur •1. Hanya pertandingan acara perseorangan dipertandingkan dengan Sistem Kalah Singkir. •2. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar. •3. Bayaran penyertaan RM2 seorang.
Bola Keranjang •1. Hanya satu pasukan lelaki dan perempuan yang mewakili pasukan rumah sukan masing-masing dipertandingkan dengan Sistem Kala Singkir Dua Kali. •2. Penyertaan adalah terhad dengan pemilihan guru-guru penasihat rumah sukan masing-masing. •3. Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang pemain sahaja.
Bola Tampar. •1. Hanya satu pasukan lelaki dan perempuan yang mewakili pasukan rumah sukan masing-masing dipertandingkan dengan Sistem Kala Singkir Dua Kali. •2. Penyertaan adalah terhad dengan pemilihan guru-guru penasihat rumah sukan masing-masing. •3. Setiap pasukan terdiri daripada minimum 7 orang pemain sahaja.
Bola Sepak (7 pemain sebelah) •1. Hanya satu pasukan lelaki yang mewakili pasukan rumah sukan masing-masing dipertandingkan dengan Sistem Kala Singkir Dua Kali. •2. Penyertaan adalah terhad dengan pemilihan guru-guru penasihat rumah sukan masing-masing. •3. Setiap pasukan terdiri daripada minimum 8 orang pemain sahaja.
Borang penyertaan dapatkan dan serahkan balik dengan bayaran kepada:
Peraturan-Peraturan Latihan Karnival Sukan Tertutup •a) T-shirt sekolah dan kasut sukan yang sesuai sahaja dibenarkan. •b) Makanan dan minuman tidak dibenarkan dalam dewan, padang dan gelanggang permainan. •c) Pelajar hanya boleh berlatih dalam gelanggang / meja ping pong yang ditetapkan. •d) Pihak sekolah hanya membekalkan jaring badminton, jaring ping pong, chess set dan bola sahaja. •e) Latihan hanya untuk pelajar SMJK Shing Chung . •f) Membawa orang luar ke kawasan sekolah adalah dilarang sama sekali. •g) Pelajar yang tidak berdisiplin dan melangar peraturan sekolah, akan diminta meninggalkan kawasan sekolah. f) Pada hari hujan pelajar tidak dibenarkan bermain di padang dan di gelanggang luar.
PK Kokurikulum |