今天是阳历 2024 年 05 月 11 日 星期六 农历 四月月 初四日

 

CERAMAH ROBOTIC
19/04/2010 • School Admin - SMJK Katholik • SMJK KATHOLIK (PJ) 八打灵公教国民型华文中学

 

Ceramah Robotic -              

Aktiviti Minggu Kitar Semula

Sempena Minggu Kitar Semula, satu ceramah yang bertajuk"Cara-cara menggunakan bahan buangan untuk dijadikan bahan berguna - robotic" telah diadakan pada 16 hb April 2010 jam 1.50 ptg-2.50ptg di Dewan Besar Bro.Philippe Wu, SMJK Katholik.

En Lim Nam Aik daripada syarikat Think merupakan penceramah hari tersebut. Beliau telah membawa dua robot yang diperbuat daripada bahan-bahan buangan. Menurut beliau, bahan-bahan yang boleh digunakan adalah seperti botol plastik, bola plastik, tangki air, tudung saji dan sebagainya. Robot yang dibina itu pernah  dijadikan sebagai model kepada orang awam dalam Program Jangan Merokok. Selain itu, ia juga disewa oleh syarikat-syarikat untuk mempromosikan produk mereka.

Dalam ceramah ini, beliau juga mengajar pelajar cara-cara menggunakan bahan buangan untuk dijadikan bahan berguna. Dengan itu haraplah dapat memupuk semangat cinta kepada alam sekitar dan menghargai sumber alam yang sedia ada di kalangan pelajar.Ceramah ini amat berjaya kerana mendapat sambutan yang baik daripada pelajar.