Jangan lupa untuk memberi sokongan kepada Kem Istiqamah 2008 di Anjung Tasik, Empangan Air Durian Tunggal, Melaka dari 20 - 22 Jun 2008. Datanglah ke kem jika ada masa terluang.
Menurut Ustazah Azizah, pada kali ini, aspek solat diberi penekanan khusus. Semoga pelajar Islam SMJK Yok Bin akan menjadi insan yang kamil dan beriman selepas menyertai kem kerohanian ini.
Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam, Unit Kokurikulum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.