SMJK YOK BIN MELAKA


马六甲育民国民型中学
( The Cultured School 树立高尚校风 )
 
 
Teacher's Messages 教师讯息
Kem Jati Diri 5 di Taman Negara Pahang
11 Jun 2008 Chan Chin Ho 

Pada 2-4 Mei 2008, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kokurikulum, Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, dan Unit Hal Ehwal Murid telah menganjurkan Kem Jati Diri untuk kali kelima. Tarikh program ditempah dua bulan lebih awal kerana jadual yang padat di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.

Sebanyak 8 guru dan 36 orang pelajar mengharung cabaran Taman Negara Pahang. En. Wua Tiew Jen, En. Chan Chin Ho, En. Tai Boon Kong, En. Adnan Bin Nordin, Cik Tan Cheng Pheng dan Pn. Too Chit Joan serta suami tersayang, iaitu En. Lim Jit Thong bertugas sebagai guru pengiring. Terdahulu, Kem Jati Diri SMJK Yok Bin dijalankan di Anjung Tasik, Kem Tasik Biru dan Pusat Kokurikulum Lanchang, Melaka.

Aktiviti Cave Exploration, Melawat Orang Asli, Video Show, Night Walk, Jungle Tracking ke Bukit Tresek, Jambatan Gantung, Boat Ride, dan Rapids Shooting menguji ketahanan fizikal dan mental kami.

Kem Jati Diri mampu mencipta suasana persekolahan yang ceria dan membina kepada para pelajar. Daripada  penilaian yang dijalankan, semua peserta menggemari kem ini. Mereka amat beminat untuk menyertainya pada tahun hadapan. Yok Bin Boleh!!!

 





© Copyrights 版权 2006-2024 All Rights Reserved 版权所有
Template Designed By 模块设计者 Free Website Templates