SMJK LOK YUK KUDAT
乐育国民型中学

SMJK LOK YUK, KUDAT MERENTASI MASA, MENDEPANI PERUBAHAN
 
News and Events 新闻与事件
School News 学校新闻
A+ A- Reset
Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2017
15 Jul 2017 School Admin - SMJK LOK YUK MILE 1 (SABAH, KUDAT) Filed Under 文件存於 Perayaan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah diadakan pada 14 Julai 2017(Jumaat) bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Menengah, Lok Yuk, Kudat agar dapat memupuk semangat integrasi untuk perpaduan memandangkan para pelajar sekolah ini terdiri dari berbilang kaum. Melalui jamuan, kaum lain dapat menikmati keunikan hidangan makanan tradisional Hari Raya kaum Melayu dan bersama –sama menimati juadah Hari Raya. Aktiviti kebudayaan pelbagai kaum juga diadakan seperti persembahan muzik Melayu, Cina dan lain-lain sebagai persembahan selingan untuk aktiviti jamuan yang diadakan.  Pelbagai hadiah juga akan disampaikan seperti hiasan kelas tercantik untuk sambutan Hari Raya,  kelas terbaik sambutan Hari Raya dengan pakaian tradisional. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar para pelajar dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat. Antara tetamu jemputan yang hadir dalam majlis ini adalah Mr. Sen Kim Fuh, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Lok Yuk Kudat, Dr. Hor Chow Wah, Pengetua Sekolah Menengah, Lok Yuk Kudat, En. Poong Zhu Tien, Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Lok Yuk Kudat, En. Voon Tze Vun, Pengerusi Alumni SMK Lok Yuk Kudat, YDH Supt Douglas Taong, Ketua Polis Daerah Kudat dan Asp Azrin bin Abu Bakar, Pegawai Perhubungan Sekolah.






Search 搜索


Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment

© Copyrights 版权 2006-2024 All Rights Reserved 版权所有
Template Designed By 模块设计者 Free Website Templates