News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset
 

FESTIVAL KEBUDAYAAN KENINGAU PERINGKAT NEGERI SABAH 州级根地咬文化节[10.03.2018]
27 Mar 2018 School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) 


Kelab Seni Budaya SMJK Chung Hwa, Tenom telah menyertai perarakan kebudayaan dan pertandingan tarian sempena Festival Kebudayaan Keningau (FKK) peringkat Negeri Sabah bersempena dengan Tahun Melawat Keningau. Festival ini dianjurkan bersama Pejabat Daerah Keningau, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Sabah. Perarakan  ini telah diadakan  pada 10 Mac 2018 bersamaan dengan hari Sabtu di Padang Bandaran Keningau. Sebanyak 23 kumpulan etnik lain dari seluruh negeri Sabah turut menyertai pertandingan ini.

Dalam pertandingan tarian yang dianjurkan ini, SMJK Chung Hwa tercatat dalam senarai sepuluh kumpulan terbaik (top ten), iaitu tempat kelapan daripada 23 kumpulan yang bertanding. Selain itu, SMJK Chung Hwa juga telah mendapat Anugerah Prop Terbaik dengan hadiah sebingkai sijil dan replika hadiah wang RM200

丹南中华国民型华文中学文化艺术学会于三月十日到沙巴州根地咬区大操场参与毛律族文化服装和舞蹈比赛以迎合州级的根地咬文化节及旅游年。这个节日是由根地咬区域办事处和文化机构联办。 



Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment