SMJK YOK BIN MELAKA


马六甲育民国民型中学
( The Cultured School 树立高尚校风 )
 
 
News and Events 新闻与事件
School News 学校新闻
A+ A- Reset
Pertandingan Gema Patriotik 2008 (Piala Datuk Peter Lim Cheow Seng)
22 Aug 2008 School Admin - SMJK YOK BIN Filed Under 文件存於 patriotik

Pusingan suku akhir Pertandingan Gema Patriotik 2008 (Piala Datuk Peter Lim Cheow Seng) SMJK Yok Bin telah berlangsung dengan jayanya dari 15 Julai hingga 9 Ogos 2008 di Dataran Yok Bin. Sebanyak 35 kelas telah mengambil bahagian dengan pelbagai kreativiti dan ekpresi cinta akan sekolah. Mereka dikehendaki menyanyikan lagu wajib, iaitu SMJK Yok Bin.

Daripada 35 pasukan itu sebanyak 5 pasukan telah dipilih ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 29 Ogos 2008. Pasukan yang layak ke peringkat akhir ialah tingkatan 1A1, 2A2, 3A3, 4 Sains 2 dan 6 Bawah Biologi. Pada peringkat akhir, mereka diberi pilihan untuk menyanyikan medley atau mana-mana lagu patriotik yang terdapat di Malaysia. Antara lagu yang disenaraikan ialah Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Tanggal 31, Putera-puteri, Bahtera Merdeka, Sejahtera Malaysia, Setia, Tanah Pusaka dan Malaysiaku Gemilang. 

Antara tetamu kehormat yang akan memeriahkan majlis ialah Yang Berbahagia Datuk Peter Lim Cheow Seng, Pengerusi PIBG SMJK Yok Bin, merangkap Ahli Lembaga Pengelola (LPS) SMJK Yok Bin, Yang Berbahagia En. Zainal Bin Aman, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Melaka dan para AJK PIBG.

Johan keseluruhan peringkat akhir akan menerima Piala Pusingan Datuk Peter Lim Cheow Seng, piala iringan, RM 300.00, sijil pencapaian serta trofi. Tempat kedua pula akan membawa pulang piala iringan, RM 200.00 serta sijil pencapaian. Tempat ketiga akan menerima piala iringan, RM 150.00 serta sijil pencapaian.

Juara bagi setiap kategori pula akan membawa pulang trofi, RM 50.00 serta sijil pencapaian.

Anugerah Konduktor Terbaik dan Anugerah Pasukan Beruniform Terbaik masing-masing akan membawa pulang piala iringan, RM 50.00, serta sijil pencapaian.

Program buat julung kali ini merupakan anjuran Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Lembaga Pengawas dengan kerjasama Kelab Bimbingan & Kaunseling, Kelab Koir dan Kelab Interact.





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment
© Copyrights 版权 2006-2024 All Rights Reserved 版权所有
Template Designed By 模块设计者 Free Website Templates