SMJK YOK BIN MELAKA


马六甲育民国民型中学
( The Cultured School 树立高尚校风 )
 
 
News and Events 新闻与事件
School News 学校新闻
A+ A- Reset
LAWATAN KERJAYA KE KOLEJ ANTARABANGSA GENTING INTI & ISTANA BUDAYA
10 Jun 2008 Chan Chin Ho Filed Under 文件存於 lawatan kerjaya kolej antarabangsa genting inti dan teater muzikal p ramlee

Tangal 5 - 6 Jun 2008, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid, dan Unit Kokurikulum telah menjalankan aktiviti yang menarik, iaitu Lawatan Kerjaya ke Kolej Antarabangsa Genting Inti dan Istana Budaya, Kuala Lumpur. Sebanyak 71 orang pelajar, 11  orang guru pengiring.

Antara guru yang mengikuti rombongan ini  ialah En. Chan Chin Ho, En. Mohd. Yatim Bin Abu, Pn. Fam Chen Yuan, Pn. Anisah Binti Jamal, Pn. Azbahani Binti Abu Bakar, Cik Teo May Yin dan Pn. Ng Hong Luan serta suami tersayang, En. Ong Kim Seng. Tidak ketinggalan guru sandaran tidak terlatih, iaitu Cik Nurhashimah Binti Hashim dan Cik Nurul Suhada Binti Anuar juga menyertainya. Pn. Mariyam, PT kesayangan SMJK Yok Bin turut memeriahkan lawatan tersebut.

Pelajar menerima pendedahan tentang pendidikan kerjaya dalam bidang hotel management, travel and tourisme dan culinary art di Kolej Antarabangsa Genting Inti Kami bermalam di Genting View Resort.

Pada 6 Jun 2008, kami menaiki Genting Skyway ke puncak Genting. Di sana, kami mengalami keriangan di kota keriangan Genting Highlands.

Semua pelajar amat menepati masa. Jam 3.30 petang, kami bertolak ke Berjaya Times Square. Kami makan dan membeli-belah di sana.

Kemudian, kami tiba di Istana Budaya pada pukul 7.45 malam. Di sana, kami menyaksikan Teater Muzikal P. Ramlee. Kebanyakan pelajar dan guru pernah menyaksikan teater muzikal tersebut pada musim pertama. Namun, perasaan teruja yang amat terhadap teater muzikal tersebut menarik kami sekali lagi untuk ke Istana Budaya. Ternyata, kami amat terhibur dan berpuas hati.

Dalam perkiraan saya, SMJK Yok Bin telah membawa 5 bas untuk menyaksikan teater muzikal P. Ramlee untuk musim pertama dan musim kedua. Sokongan terhadap seni persembahan Malaysia.

Kami tiba di Melaka pada pukul 2.30 pagi pada 7 Jun 2008. Walapun penat melancong, namun kami tetap gembira dan berpuas hati dengan teater muzikal P. Ramlee. Bagi yang pertama kali ke Istana Budaya, mereka amat kagum dan berterima kasih kepada pihak sekolah kerana mengaturkan sebuah program yang sungguh menarik ini.

Daripada borang penilaian program, semua peserta lawatan ingin menyertai program seperti ini pada masa hadapan. Terima kasih kepada En. Wua Tiew Jen, Guru Penolong Kanan Kokurikulum atas peruntukan sebahagian daripada kos bas. Al-maklumlah, harga minyak bas naik bermula pada 5 Jun 2008. Syabas buat semua!!!

 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment
© Copyrights 版权 2006-2024 All Rights Reserved 版权所有
Template Designed By 模块设计者 Free Website Templates