SMJK YOK BIN MELAKA


马六甲育民国民型中学
( The Cultured School 树立高尚校风 )
 
 
News and Events 新闻与事件
School News 学校新闻
A+ A- Reset
KEM LANJUTAN PRS 2008
10 Jun 2008 Chan Chin Ho Filed Under 文件存於 kursus lanjutan prs 2008 di kem tasik biru, chin chin, jasin

28 - 31 Mei 2008, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid, dan Unit Kokurikulum telah menjalankan Kem Lanjutan PRS d Kem Tasik Biru, Chin Chin, Jasin, Melaka. Sebanyak 70 ahli kelab telah menyertainya semasa cuti pertengahan tahun. Guru pengiring kem ini ialah En. Chan Chin Ho, En. Adnan Bin Nordin dan Pn. Lim Peck Choo.

Pelbagai aktiviti lasak telah berjaya diharungi secara bersama-sama. Antaranya termasuklah kayak, rakit, renang, bola-bola api, perang lumpur, BBQ in the jungle dan kembara malam.

Matlamat program ini adalah membina pasukan PRS yang mempunyai semangat setia kawan, di samping mencungkil daya kepimpinan dalam diri mereka. Antara objektif yang ingin dicapai adalah membina pasukan PRS yang mempunyai jati diri. Selain itu, kem ini ingin membentuk PRS yang mempunyai kemahiran bersosial, empati, kejelekitan, menerima tanpa syarat, kerahsiaan dan sebagainya.

Jika terdapat pelajar yang ingin menyertai Kelab Bimbingan dan Kaunseling, silalah berhubung dengan saudari Lim Wen Shi (4 Sains 1) atau saudara Tan Chee Hau (4A1). Para peserta kem bolehlah mendapatkan salinan DVD gambar dan video kem bermula pada 12 Jun 2008 daripada saudara Yew Kok Boon (5A4).

Akhir kalam, 'bantu diri sendiri untuk bantu rakan lain.'

 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment
© Copyrights 版权 2006-2024 All Rights Reserved 版权所有
Template Designed By 模块设计者 Free Website Templates