SMJK KWANG HUA

巴生光华国民型华文中学
诚 勤 俭 毅


新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset

Pertandingan Deklamasi Sajak Bulan Kemerdekaan 2003
21 Aug 2003  

Festival Deklamasi Sajak bagi sekolah menengah dan sekolah rendah peringkat negeri Selangor telah diadakan di Dewan Sri Jugra, Telok Datok, Banting, Kuala Langat pada 21hb Ogos 2003 sempena sambutan Bulan Kemeerdekaan 2003. Matlamat festival ini adalah untuk mengembangkan minda dan daya saing ,mempertingkatkan kemahiran mengendalikan bahasa,mendaulatkan,memperkasakan dan memasyarakatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta menyesuaikan diri berkomunikasi di hadapan penonton. Festival Deklamasi sajak ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah (bukan Melayu) dan Kategori Sekolah Menengah (Melayu). Pihak penganjur bagi festival kali ini ialah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Perasmian penutup dilakukan oleh Y.B. Dato Dr Hj.Shafie B. Mohd Salleh, Timbalan Menteri Kewangan, Malaysia. Pelajar SMJK Kwang Hua diwakili oleh Yeoh Siew Wen telah mendapat JOHAN bagi Kategori Bukan Melayu. Yeoh Siew Wen telah mendapat sebuah piala pusingan , sijil dan wang tunai RM100.

 





搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment