SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset

PERTANDINGAN MENCIPTA DIORAMA BERASASKAN BAHAN KITAR SEMULA 2021 ANJURAN YPASM
20 Aug 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Attachment 附件:

PERTANDINGAN MENCIPTA DIORAMA BERASASKAN BAHAN KITAR SEMULA 2021 ANJURAN YPASM

Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan,

 

HEBAHAN PERTANDINGAN MENCIPTA DIORAMA BERASASKAN BAHAN KITAR SEMULA SEMPENA PENGANJURAN ‘9th MALAYSIAN INTERNATIONAL SEMINAR ON ANTARCTIC (MISA9)’ UNTUK MURID SEKOLAH MENENGAH NEGERI KEDAH SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2021 ANJURAN YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN (YPASM)

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan dengan kebenaran Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Diorama Berasaskan Bahan Kitar Semula Sempena Penganjuran ‘9th Malaysian International Seminar On Antarctic (MISA9)’ Untuk Murid Sekolah Menengah Negeri Kedah Secara Dalam Talian Tahun 2021.

 

3. Pertandingan mencipta Diorama adalah pertandingan mencipta satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek atau menggambarkan situasi sebenar yang dicipta untuk tujuan pendidikan atau pemeran daripada bahan kitar semula. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah Negeri Kedah. Tema pertandingan ini ialah ‘Wilayah Polar dalam Krisis Perubahan Iklim’. Maklumat lanjut, terma syarat dan borang penyertaan pertandingan boleh diakses melalui laman sesawang http://www.ypasm.my/. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 05 September 2021.

 

4. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh diajukan Puan Norfadilah bt Zoolkhapli ([email protected]) atau Encik Emirul Redzuan bin Mohd Khalid ([email protected]) di talian 03-2691 0561. Untuk pendaftaran dan syarat-syarat pertandingan sila layari ypasm.my/pertandingan-mencipta-diorama-berasaskan-bahan-kitar-semula/.

 

Sekian, terima kasih.

 

b/p: MOHD NASARUDDIN ABD RAHMAN

        Ketua Pegawai Eksekutif

 


 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment