SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset

PERTANDINGAN KUIZ PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN SECARA DALAM TALIAN 2021 BAGI PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN
13 Jul 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Attachment 附件:

PERTANDINGAN KUIZ PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN SECARA DALAM TALIAN 2021 BAGI PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

Perkara diatas dirujuk.

2.            Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kolej UCSI, Cheras akan menganjurkan Pertandingan Kuiz Perniagaan dan Perakaunan (secara dalam talian) bagi pelajar-pelajar sekolah menengah (Tingkatan 5) dan sekolah antarabangsa (IGCSE dan yang setara dengannya) di peringkat negeri dan kebangsaan seperti berikut: -

 

Peringkat Negeri

Tarikh

: 24hb Julai 2021

Hari

: Sabtu

Masa

: 9.00 pagi – 1.00 petang

 

 

Peringkat Kebangsaan

Tarikh

: 28hb Ogos 2021

Hari

 

 

: Sabtu

 

 

Masa

: 9.00 pagi – 1.00 petang

3.   Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, pihak Kolej UCSI telah pun mendapat kelulusan untuk menganjurkan kuiz ini daripada Sektor Operasi Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 16 Jun 2021 dan JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 28 Jun. Sila rujuk lampiran yang dilampirkan. (Surat kelulusan KPM.600-8/2/7 Jld.20 (15)) dan (Surat kelulusan JPWPKL.600-10/2/6 Jld.4(30) ) .

 

4.           Dengan penuh harapan kami mohon kebenaran dari pihak tuan/puan dipohon untuk memaklumkan kepada murid-murid sekolah tentang pertandingan ini dan tarikh-tarikh

Yang berkenaan. Pihak sekolah boleh menghantar sekurang-kurangnya  satu pasukan yang terdiri daripada 3 orang pelajar dan seorang guru mentor.

5.           Bersama-sama ini, kami sertakan borang penyertaan beserta dengan terma dan syarat pertandingan untuk makluman pihak tuan/puan selanjutnya.  Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, pihak tuan/puan. boleh menghubungi Encik Ong Kent Lun, melalui email [email protected] dan ditalian +60176910417.

6.            Segala kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan. dalam menjayakan pertandingan ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

Terima kasih.

Asst. Prof. Dr. Nalina Thurairajah | Head | Pre-U(A-Level, Foundation, SACE International) & ADTP Science | Penasihat Kuiz

UCSI College, Kuala Lumpur

www.ucsicollege.edu.my

Tel: +603 - 9078 2033 ext 5718

Lot 39890, Jalan Cerdas, Taman Connaught, 56000 Cheras,Kuala Lumpur, Malaysia


 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment