PELAWAAN MENYERTAI PERTANDINGAN CHIPTA 2021
|
Anda masih belum sempat untuk membuat pendaftaran penyertaan bagi pertandingan CHIPTA 2021?
BERITA BAIK!
Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan sehingga 19 Julai 2021. Maklumat lanjut pertandingan, pendaftaran penyertaan dan serahan dokumen lampiran boleh dibuat melalui https://hackathon.data.gov.my. Kepada kumpulan yang telah berjaya mendaftar, anda masih berpeluang untuk mengemaskini dokumen lampiran sekiranya diperlukan sebelum tarikh tutup penyertaan.
Berikut ialah jadual terkini pertandingan:
Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh disalurkan kepada [email protected] atau hubungi pegawai berikut:
i) Encik Mohd Razif Azmal bin Mohd Othman : [email protected];
ii) Puan Adawiyah Md Ashar : [email protected]; atau
iii) Cik Norazizah Naim: [email protected]
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “BERSAMA-SAMA MELAKSANAKAN TRANSFORMASI ®” Saya yang menjalankan amanah,
rohayati
…………………………….
ROHAYATI BINTI RAMLI
JK Pengurusan Peserta dan Jemputan
Program CHIPTA 2021
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri
PELAWAAN MENYERTAI PERTANDINGAN CHIPTA 2021
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan CHIPTA 2021 dengan bertemakan “Catalyzing Innovation dor New Norm & Better Future”. CHIPTA merupakan singkatan kepada CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengajak masyarakat cakna merekacipta pelbagai penyelesaian yang berinovasi dan kreatif dengan menggunakan teknologi terkini berasaskan aplikasi mudah alih, analitis data raya dan kecerdasan buatan. Pertandingan ini terbuka kepada empat (4) kategori iaitu sektor awam, orang awam/ industri, pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah menengah.
3. Sehubungan itu, MAMPU ingin mempelawa pihak YBrs.Dr./Tuan/Puan bagi menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini. Peserta pertandingan ini hendaklah menghasilkan inovasi dalam bentuk aplikasi mudah alih dengan penggunaan sumber data terbuka berdasarkan pemilihan Bidang Fokus dan Kes Bisnes yang disenaraikan dalam syarat penyertaan.
4. Penyertaan boleh dibuat secara dalam talian bermula pada 14 Jun 2021 (Isnin) melalui url https://hackathon.data.gov.my/. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Julai 2021 (Jumaat), pukul 12.00 tengah malam. Setiap penyertaan akan melalui sesi penilaian awal berdasarkan pada kertas cadangan projek yang dihantar dan pasukan yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel untuk mara ke sesi penilaian akhir. Pasukan yang layak perlu memulakan pembangunan inovasi dan penyediaan material pembentangan bermula 26 Julai hingga 25 Ogos 2021 secara dalam talian. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperolehi melalui laman web di atas.
5. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh disalurkan kepada [email protected] atau melalui pegawai berikut:
6. Perhatian dan kerjasama YBrs.Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Semoga usaha ini akan menyemarakkan budaya inovasi dalam mencipta produk ICT di kalangan para pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. |
|