SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset

JEMPUTAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN BERTEMAKAN ‘KE ARAH GENERASI TANPA MEROKOK
05 Jul 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Attachment 附件:

JEMPUTAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN BERTEMAKAN ‘KE ARAH GENERASI TANPA MEROKOK

Salam sejahtera YBrs. Pengetua Sekolah Menengah Daerah Sentul,
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.   Saya selaku ahli jawatankuasa penganjur Pertandingan Melukis Poster Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 ingin menjemput sekolah YBrs Tuan/Puan untuk menyertai pertandingan ini yang merupakan anjuran Malaysian Medical Association (MMA) dengan kerjasama UPM, Malaysian Council for Tobacco Control, Kementerian Kesihatan Malaysia dan National Cancer Society Malaysia.

3.   Untuk makluman  YBrs Tuan/Puan, objektif pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rokok dan kepentingan persekitaran bebas asap rokok di samping menggalakkan usaha berhenti merokok. Selaras dengan itu, tema yang digunakan bagi pertandingan ini adalah ' Ke arah generasi tanpa rokok' . Bersama ini disertakan surat jemputan yang jelas menyatakan hasrat pihak kami dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan. Semua sekolah yang menyertai pertandingan ini akan mendapat sijil penyertaan.

4.   Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya sekolah YBrs Tuan/Puan dapat menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini juga terbuka kepada umum. Oleh itu ahli keluarga dan komuniti setempat boleh turut menyertai pertandingan ini. Besar harapan kami agar pihak YBrs Tuan/Puan dapat menyebar luaskan maklumat mengenai pertandingan ini. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi WhatsApp 0122964308 atau layari https://ash.mma.org.my/towards-a-smoke-free-generation-poster-competition/

Perhatian dan kerjasama YBrs Tuan/Puan amat dihargai. Penyertaan dalam pertandingan poster ini mungkin dapat mengurangkan sedikit sebanyak tekanan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara kini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
 
Dr Norliza Ahmad
Ahli Jawatankuasa Penganjur.
MMC Reg No: 30480
MD (USM), MPH (UKM), PhD (UPM)
Medical Lecturer and Public Health Physician,
Department of Community Health,
Faculty of Medicine and Health Science,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang, Selangor
Tel: 03-89472582
Fax: 03-89450151

 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment