e-PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2021
| ||||||||
Attachment 附件: | ||||||||
| ||||||||
e-PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2021Dengan hormatnya saya merujuk surat Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia nombor rujukan KPM.600-17/1/35 Jld 2 (39) bertarikh 4 Ogos 2021 berhubung perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan e-Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2021. 3. Untuk makluman, penyertaan bagi pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga KPM dalam kalangan pegawai di Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan guru-guru di sekolah KPM. 4. Sehubungan dengan itu, jabatan ini berhadap agar tuan / puan dapat memanjangkan maklumat pertandingan ini kepada guru-guru di sekolah tuan / puan. Bersama-sama ini disertakan syarat dan terma pertandingan untuk makluman dan tindakan pihak tuan / puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, tuan / puan boleh hubungi Encik Mohd Zamri Bin Mohamed Noor di talian 011-3593 8069 atau Pn Nor Awalana Binti Bolot melalui emel kepada [email protected]. Kerjasama tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19” “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah,
(MOHD NAJIB BIN AB. RAHMAN, KMW ) Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD b.p.: Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur NAB/ybz/Pertandingan Adab dan Nilai Sekolah-sekolah WPKL |
||||||||
|