JEMPUTAN MENYERTAI PELANCARAN DAN PERTANDINGAN ASEAN FUTURE SUSTAINABLE LEADERS (A-FSL) 2021
|
JEMPUTAN MENYERTAI PELANCARAN DAN PERTANDINGAN ASEAN FUTURE SUSTAINABLE LEADERS (A-FSL) 2021
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa International University of Malaya-Wales akan menganjurkan ASEAN FUTURE SUSTAINABLE LEADERS (A-FSL), sebuah pertandingan kes peringkat antarabangsa. Pertandingan ini terbuka untuk penyertaan semua pelajar warganegara Malaysia untuk kategori universiti iaitu pelajar yg berumur 19 - 25 tahun serta pelajar sekolah yang berumur 16 - 18 tahun. 3. Sehubungan dengan itu, kami akan mengadakan Acara Pelancaran A-FSL pada 10 Julai 2021. Acara pelancaran ini akan mengandungi webinar berkaitan Sustainable Development Goals (SDG) serta sesi pelancaran A-FSL dimana kami akan berkongsi lebih informasi berkaitan pertandingan ini. Untuk menyertai acara pelancaran, sila klik di sini untuk pendaftaran. Untuk menyertai pertandingan peringkat kebangsaan, sila daftar dengan mengisi borang A-FSL 2021 - Registration Form - Google Forms
4. Kami mohon kerjasama pihak Prof. / Dr. / Tuan / Puan untuk menghebahkan A-FSL kepada semua pelajar. Sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan ini, boleh menghubungi kami di [email protected] atau klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut: iumw.edu.my/a-fsl2021
Kerjasama pihak Prof. / Dr. / Tuan / Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Rujuk lampiran:
Sekian,
Bahagian Perhubungan Awam ASEAN Future Sustainable Leaders 2021 Competition International University of Malaya-Wales
|
|