今天是阳历 2018 年 10 月 18 日 星期四 农历 9月 10日

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ‘FARMSTAY’ KAMPUNG PAAL TENOM [06 – 07.10.2018]
10 Oct 2018 School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM)  - From 从 : SMJK CHUNG HWA TENOM 丹南中华国民型华文中学

Lawatan sambil belajar ke ‘Padas Farmstay’ di Kampung Paal Tenom telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Cina dengan kerjasama Kelab Bahasa Cina SMJK Chung Hwa Tenom. Lawatan tersebut telah diadakan pada 06 – 07 Oktober 2018 dan seramai 34 orang pelajar Kelas Bahasa Cina dari Tingkatan 1 – 4 telah mengikuti lawatan tersebut dan diiringi oleh 3 orang guru Bahasa Cina iaitu Pn. Tham Nyuk Kyun, Pn. Helen Yong dan Pn. Tan Ley Bee.

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk memberi kesedaran awal kepada warga sekolah terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di bandar tentang kepentingan untuk menghargai alam semula jadi & menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.  

Banyak aktiviti telah diadakan semasa lawatan tersebut. Antaranya adalah taklimat oleh pemilik ‘farmstay’ untuk memperkenalkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan ternakan di sana kepada semua pelajar, pertandingan mengutip limau kapas hijau & kuning, limau kapas kuning digunakan untuk membuat ‘enzyme’ sos, melawat kebun buah markisa, unggun api, ‘folk dance’, BBQ, dan sebagainya.






















      School Name 学校名称
      Online Resource Information 线上资源资讯
      News & Events 学校新闻
      Events Calendar 每日事件
    0 Chinese Reading Guide 华文导读

    For all queries and support, please contact:
    如果有任何疑问和支援需要,请联络﹕

    SMJK Support Team 华中网支援团队
    Phone 电话 : +6084 333366
    Fax 传真 : +6084 314555
    or 或者
    Email 电子邮件: