今天是阳历 2024 年 04 月 24 日 星期三 农历 三月月 十六日

 

DIALOG PRESTASI PT3 BERSAMA IBU BAPA & PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 1 。2018 PT3 成绩交流会及发派PT3预考一 成绩单 [15.08.2018]
15/08/2018 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • SMJK CHUNG HWA TENOM 丹南中华国民型华文中学

Sesi dialog prestasi antara pihak pentadbir dengan ibu bapa pelajar PT3 Tahun 2018 telah diadakan pada 15 Ogos 2018 jam 7.00 – 8.00 pagi di Bilik Seminar. Program ini merupakan kolaborasi antara pihak pentadbir sekolah dengan ibu bapa pelajar Tingkatan 3 supaya bersama-sama untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 pada 1 Oktober 2018.

Dalam sesi dialog prestasi tersebut, En. Kwok Chee Yen, pengetua SMJK Chung Hwa telah memaparkan analisis keputusan peperiksaan percubaan PT3 1 Tahun 2018 dan menyeru ibu bapa memainkan peranan penting untuk memantau pembelajaran anak-anak mereka di rumah. Sesi soal jawab juga diadakan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Pada jam 8.00 – 10.00 pagi, ibu bapa pelajar Tingkatan 3 masuk ke kelas untuk mengambil slip keputusan peperiksaan percubaan PT3 1.

PT3 成绩交流会已于2018815日,早上7点至8点,于Bilik Seminar 顺利举行。此活动的目的是为了促进家长与校方的合作,以提高中三考生的成绩。另外,家长于当日8点至10点,各自到中三考生的班级领取PT3预考一成绩单。