今天是阳历 2024 年 04 月 20 日 星期六 农历 三月月 十二日

 

PROGRAM ZIARAH SASTERA 文学交流计划 [21.02.2018]
21/02/2018 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • Filed Under 文件存於 school activity • SMJK CHUNG HWA TENOM 丹南中华国民型华文中学

Program Ziarah Sastera anjuran Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Badan Bahasa dan Sastera Sabah merupakan salah satu program untuk menyemarakkan lagi industri sastera. Dalam usaha untuk menyemarakkan lagi industri sastera, pelbagai program akan diadakan termasuklah program jelajah ke sekolah-sekolah menengah di Negeri Sabah. Sehubungan dengan itu, SMJK Chung Hwa Tenom telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah yang termasuk dalam program jelajah tersebut.

Program ini telah diadakan di Dewan Seminar SMJK Chung Hwa pada 21 Februari 2018. Penceramah bagi program ini ialah Datuk Jasni Matlani yang merupakan Pengerusi Badan Bahasa dan Sastera Negeri Sabah. Beliau telah dicalonkan sebagai  Sasterawan Negera pada tahun ini  dan telah menerima Sea Write Award (Anugerah khas kepada penulis-penulis Asia Tenggara) pada Tahun 2015 di Thailand.

SMJK Chung Hwa amat bertuah kerana terpilih sebagai 'Anak Angkat' dalam program tersebut bermula pada hari ini. Memorandum pengambilan sekolah ini sebagai anak angkat akan ditandatangani pada suatu tarikh yang akan ditetapkan dalam bulan April kelak.

本校马来文科目委员会经已本月21日成功举办“文学交流计划”。此项计划是与沙巴语文和文学机构联办,其宗旨是为了篷勃发展马来文学,而本校有幸被遴选为其中一间领养学校。

当天的“文学交流计划”是由该机构主席拿督再尼马拉尼主讲。他今年被提名为国家文学奖得奖人,并曾于2015年在泰国获得东南亚作家荣誉奖。

本校将于四月份与该机构签署上述文学交流计划领养学校备忘录。