今天是阳历 2024 年 04 月 19 日 星期五 农历 三月月 十一日

 

Ceramah Kempen Menjaga Keselamatan Diri oleh Pihak Polis
22/08/2016 • Yeong Seng Hoong • SMJK SAM TET 怡保三德国民型中学

On 22 August 2016, a special assembly was held in the school hall. The cleanest classes for the week was 3C4, 4S2, 5S3, L6B1 and U6B4. Mr.Siew Chang Yee was then announced as the newly promoted Senior Teacher (Humanitarian) starting from 1st August 2016. The participants of the "Air Rifle Shooting" and the scouting events of the Rating Scout Camp King was awarded the prizes and certificates. A talk on Keeping Personal Safety Campaign was held by Sergeant Major Norhayazi bt A. Rahman, the deputy police chief for the New Town police station. After that, the installation ceremony for prefects was held.

三德国民型中学于8月22日在学校礼堂举行了一场周会。唱了国歌,州歌和“Perak Excellent”后,老师便宣布上周获得整洁比赛冠军的班级,并把奖杯颁发给该班级的班长。过后,刘瑞文校长宣萧长义老师于8月1日起升职成为我校人道主义科的高级教师。后来,我校代表也把奖状和奖杯颁发给在 气枪射击比赛中获得佳绩的同学以及参加Kem Pentarafan Pengakap Raja的童军团同学。接着,我校恭请家教协会主席曾庆莱先生致词。然后,我校也特意邀请了Pekan Baru警局的副警长Sarjan Major Norhayati bt A. Rahman 为同学们带来关于“如何照顾自生安全”的讲座。讲座完毕后,我校的学长们上台领取徽章。我校代表也把纪念品送给副警长。全体同学唱完校歌后,周会便圆满结束。

Pada 22 Ogos 2016, SMJK Sam Tet telah mengadakan satu perhimpunan khas di dewan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Selepas nyanyian lagu "Negaraku", lagu negeri Perak dan lagu Perak Excellent, guru yang bertugas mengumumkan pemenang-pemenang kelas terbersih bagi setiap tingkatan, iaitu kelas 3C4, 4S2, 5S3, L6B1 dan U6B4. Perhimpunan tersebut disusuli dengan pengumuman kenaikan pangkat Encik Siew Chang Yee ke Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan bermula dari 1 Ogos 2016. Seterusnya, wakil Pertandingan "Air Rifle Shooting" dan para pengakap sekolah kita yang telah mengambil bahagian dalam Kem Pentarafan Pengakap Raja telah dianugerahkan hadiah dan sijil. Perhimpunan itu diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Desmond Chen. Di samping itu, satu ceramah yang bersempena Kempen Menjaga Keselamatan Diri telah diadakan pada pagi tersebut. Ceramah tersebut diberikan oleh Sarjan Major Norhayazi bt A. Rahman yang merupakan Timbalan Ketua Polis kepada Balai Polis Pekan Baru. Sesudah itu, sesi penyampaian lencana pengawas dan persumpahan oleh para pengawas juga telah diadakan. Akhir sekali, pihak majlis menyampaikan cenderamata kepada Sarjan Major. Perhimpunan khas ini tamat pada pukul 8.30 pagi selepas nyanyian lagu sekolah.

Photographer: Mok Wing Heng and Chew Jia Zheng
Resources by: Aw Yong Kang, Low Chin Boon and Yong Mun Zheng