SMJK SIN MIN


新民国民型中学
 
 
Principal's Messages
Mesej Pengetua
13 Oct 2008 School Admin - SMJK SIN MIN (KEDAH, SUNGAI PETANI) 
 

MESEJ DARIPADA PENGETUA SMJK SIN MIN

Salam berhormat daripada SMJK Sin Min, Sungai Petani dan selamat mengunjungi ke lawan web sekolah kami. Kami berharap tuan-tuan dan puan-puan boleh akses maklumat yang lebih spesifik mengenai sekolah kami melalui jaringan yang disediakan. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min merupakan sebuah sekolah Cina yang tunggal dan terkenal di Kedah dengan prestasi akademik murid dan kokurikulum yang cemerlang. Muridnya pula bersopan santun dan beraklak mulia.

Sekolah Sin Min ditubuhkan pada tahun 1956. Pada 1965, Sekolah Sin Min diterima sebagai sekolah bantuan modal kerajaan. Pada 1966, Lembaga Sekolah membahagikan sekolah kepada dua jenis, iaitu SMJK Sin Min (Bantuan Modal Kerajaan) yang berlokasi di Jalan Pegawai dan Sekolah Menengah Sin Min Persendirian yang terus menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa penghantar dalam kurikulum sekolah. Lokasi Sekolah Menengah Sin Min Persendirian ialah di Jalan Pengkalan, Sungai Petani. Mulai 1992 Sekolah Menengah Sin Min Persendirian telah dipindah ke Taman Keladi, Sungai Petani.

Di bawah usaha Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG dan bekas Pengetua Kanan, En. Tee Pak Leong, SMJK SIN MIN telah berjaya membuka kelas Tingkatan 6 (Aliran Sains) pada tahun 2002.

Pelancaran SmartCard di SMJK SIN MIN pada tahun 2003 telah menjadi sekolah terkenal di peringkat kebangsaan. Sekolah telah menerima rombongan penandaarasan dari banyak sekolah dan institusi pendidikan, termasuk Institut Aminuddin Baki setiap bulan.

Permuafakatan yang erat antara Lembaga Pengelola, PIBG dan ibu bapa telah membawa banyak perubahan, perkembangan dan pencapaian murid dan sekolah.  Keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STPM baru-baru ini menunjukkan sekolah bertambah maju tahun demi tahun.  Anugerah Sekolah Harapan Negara pada 2006 dan pencapaian Anugerah Sekolah Cemerlang pada tahun 2007 menunjukkan sekolah kita telah meningkat ke satu tahap kecemerlangan setanding dengan sekolah-sekolah terbaik di Malaysia. 

SMJK Sin Min kini telah menjadi sebuah sekolah yang terkenal di seluruh Malaysia dan menuju ke visi sekolah kita, iaitu menjadikan SMJK Sin Min sebuah sekolah bertaraf antarabangsa dan terkenal di seluruh dunia menjelang tahun 2010. 

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucap ribuan terima kasih kepada Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG, semua guru dan semua staf sokongan kerana tanpa usaha dan kerjasama dari semua pihak, kini SMJK SIN MIN tidak akan mencapai tahap kecemerlangan ini.

Adalah harapan besar saya bahawa SMJK SIN MIN akan mencapai ke satu tahap yang lebih cemerlang lagi. 

"KE ARAH KECEMERLANGAN"

Pengetua

SMJK SIN MIN
08000 SUNGAI PETANI





© Copyrights 2006-2024 All Rights Reserved
Template Designed By Free Website Templates