校长讯息 Principal's Messages

KATA ALU-ALUAN PENGETUA
31 Jul 2007 School Admin - SMJK KHAI MUN 

Salam sejahtera,

  Tahniah dan syabas kepada sidang redaksi 'BERSATU' edisi ke-13 kerana berjaya meneruskan tradisi SMK Khai Mun menerbitkan majalah kebanggaan seluruh warga sekolah. Dengan kegigihan dan kesabaran serta komitmen yang tinggi mampu merealisasikan 'BERSATU' ini.

  Dalam usaha kita mengharungi cabaran pada era globalisasi ini, semua pihak - guru, pelajar serta staf sekolah perlu berganding bahu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan visi dan misi sekolah tercapai. Semangat berpasukan perlu ada pada setiap warga sekolah dan perlu dizahirkan demi meningkatkan kualiti pendidikan yang kita inginkan. Dan pastikan Falsafah Pendidikan Negara menjadi tunjang dalam perjuangan dalam perjuangan kita.

  Para pelajar perlu menyedari tanggngjawab mereka dalam dunia pendidikan. Mereka perlu berusaha ke arah kecemerlangan. Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk menyediakan enviromen yang kondusif agar mereka dapat belajar dengan sempurna dan mencapai kecemerlangan. Ledakan teknologi maklumat memungkinkan para pelajar mencapai apa jua maklumat yang mereka inginkan. Justeru, hanya dengan pendidikan agama dan moral yang kuat mampu manjadi benteng agar para pelajar hanya mendapat maklumat yang bersesuaian dengan mereka. Di sini, peranan guru-guru, ibu bapa serta masyarakat amat penting agar para pelajar yang kita kasihi tidak hanyut dengan maklumat yang tidak sesuai dengan usia mereka.

  Warga pendidikan pula perlu mengubah pradigma mereka dan meningkatkan tahap profesionalisme agar mampu bersaing dengan kepesatan dunia pendidikan hari ini. Penggunaan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu diperluas agar proses P&P lebih efisien dan efektif.

  Kesungguhan dan iltizam yang tinggi daripada semua pihak memungkinkan visi dan misi sekolah kita tercapai. Selamat maju jaya.

  Sekian, terima kasih