SMJK HWA LIAN MENTAKAB

勤勇朴仁

校长讯息 Principal's Messages

UCAPAN PENGETUA 校长的话
22 Feb 2018 School Admin - SMJK HWA LIAN (PAHANG, MENTAKAB) 

CHANG KOK SOON

PENGETUA SMJK HWA LIAN MENTAKAB

文德甲华联国民型华文中学校长张国顺献词

 

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

       Para ibu bapa dan pelajar SMJK Hwa Lian sekalian, sekolah kita akan terus mengangkat tahap pendidikan pelajar untuk berdaya saing dengan hasrat melaksanakan Program Dwibahasa (Dual Language Programme; DLP) bagi pengajaran Sains dan Matematik. Justeru itu saya berharap semua pihak yang terlibat dalam program ini bersedia dengan syarat yang ditetapkan iaitu menguasai Pembelajaran Abad ke-21, pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta mencapai keputusan Bahasa Melayu seperti yang ditetapkan.

       Kepada para guru, sekalung tahniah dan penghargaan saya berikan kerana berjaya memimpin anak-anak di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan. Semua sedia maklum pendidikan yang cemerlang adalah kunci pembentukan pelajar yang berketrampilan. Oleh itu, kita perlu sensitif terhadap perkembangan terbaharu serta kehendak dunia masa kini agar pelajar yang kita hasilkan mampu hidup dalam dunia tanpa sempadan.

       Akhir kata saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dalam menjayakan pendidikan sekolah sama ada dalam bentuk tenaga, buah fikiran mahu pun wang ringgit. Sumbangan dan kerjasama ini sesungguhnya menjadikan SMJK Hwa Lian boleh berdiri seperti sekarang setelah melalui satu sejarah yang panjang.

 

    在这强调全球化的时代,本校致力提升学生们的教育水平,让他们拥有更好的竞争力。为达致教育部倡议的增进学生英语水平的目标,校方从2017年开始,在中一年级全面落实英语教授数理科(DLP),与此同时,也不忽略加强国语的能力。此外,本校教师们将会继续提升21世纪教学的理论与实践,及懂得应用各种媒体与科技,并达到学生掌握高思维的目标。

    在此,我衷心感谢所有的老师,因为你们有教无类的信念,以及大爱无私的奉献,才能够引

导本校的学生们迈向成功之路。众所周知,卓越的教育是塑造于学生的智力、情商、德行,体能及审美各方面,都能达致平衡与和谐的学生。所以,我们需培育一群全面而与时并进的学生,以让他们能在全球化的环境下立足。

    最后,我也衷心感谢所有给予精力上、意见上或是金钱上配合的热心教育人士,让本校至今能茁壮成长,使本区域唯一的华文中学教育继续发扬光大。