SMJK KATHOLIK MELAKA

马六甲公教国民型华文中学
BERILMU 勤学业 BERAKHLAK 重公德 BERWAWASAN富理想


校长讯息 Principal's Messages

2016 Principal's Message 2016年校长献词
22 Mar 2016 School Admin - SMJK KATHOLIK 

Salam sejahtera, Salam 1Malaysia, “Mendidik Daripada Hati Penuh Dengan Integriti”.

 

Dalam masa sekelip mata sahaja, tahun 2015 telah berlalu, manakala tahun 2016 pun sudah berlalu dua bulan setengah. Tahun Baru Cina pula telah berlalu dalam suasana kemeriahan dan penuh harapan untuk masa hadapan yang lebih cerah serta bahagia.

 

Menyentuh prasarana sekolah, pada akhir tahun lalu beberapa kerja peningkatan taraf telah dijalankan merangkumi bilik darjah PB, 2M, 2P dan 2U, Bilik Seni, Bilik SPBT (BOSS), dan Bilik Media. Dengan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf ini, bilik-bilik yang terlibat kini kelihatan lebih ceria, cerah dan lebih kondusif untuk pembelajaran.  Harapan kita yang paling besar ialah para pelajar dapat menumpukan segala perhatian dan mencurahkan segala usaha demi memajukan pembelajaran masing-masing.

 

Di pihak guru pula, seruan Tuan Pengarah Pendidikan Melaka Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari agar para guru “mendidik daripada hati penuh dengan integriti” adalah amat tepat sekali. Dalam Pelbagai tanggungjawab yang kita perlu tunaikan, lebih-lebih lagi tanggungjawab mendidik harus ditunaikan dengan penuh ikhlas daripada dalam hati barulah kita mampu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik yang boleh. Puncanya ialah kita mesti mendidik daripada hati, barulah kesedaran untuk mendidik secara penuh dengan integriti menyusul.  Sekiranya kita dapat menunaikan hasrat murni Tuan Pengarah Pendidikan, maka kita mampu melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan sempurna.

 

Pencapaian keputusan SPM 2014 mencatat kemajuan besar berbanding dengan keputusan SPM 2013, manakala keputusan SPM 2015 menambahbaik lagi keputusan SPM 2014. Segenap lapisan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Bekas Murid (Alumni) menaruh harapan besar untuk melihat kemajuan abadi keputusan SPM tahun-tahun akan datang. 

 

SMJK Katholik Melaka mengamalkan prinsip pendidikan akses sama rata kepada semua yang layak dari segi umur pembelajaran. Selain itu, bekalan pelajar lepasan UPSR yang disalurkan setiap tahun juga bukan yang top dari segi prestasi akademik UPSR (setiap tahun cuma disalurkan tiga hingga lima orang yang mendapat 7A sahaja), bahkan bilangan lepasan UPSR yang gagal dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mencatat 80 hingga 90 orang! Peratusan pelajar yang akan disalurkan ke kelas Peralihan adalah hampir 50% daripada jumlah pelajar baru setiap tahun! 

 

Namun begitu, pengurusan sekolah dan para guru masih bertungkus-lumus mendidik anak murid ini agar sempurna kemenjadian murid dari segi pencapaian akademik, pembentukan sahsiah dan prestasi ko-kurikulum, sesuai dengan cogan kata yang berbunyi, “Berilmu, Berakhlak, Berwawasan”. Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pendidik SMJK Katholik Melaka yang tidak kenal penat lelah dalam melaksanakan tugas membantu negara bangsa membentuk modal insan yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 demi mencapai Wawasan 2020.

 

Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya!

 

 

LIM HIANG LAM

Pengetua

SMJK Katholik Melaka

 

 

校长献词

 

     转瞬间,2015年已逝去了;而2016年也已过去了两个半月。猴年丙申年农历新年也在欢乐和对未来充满憧憬的氛围中匆匆而逝了。 

    

提及学校的基本建设,去年杪继续进行了提升预备班、中二红班、褐班和紫班课室;美术室、贷书储藏室以及媒体室的工程。随着提升工程的实施,这些设备显得更美观、明亮和舒适。我们希望学子们能够专注于学习以便提升学术成就。  

    

在老师这方面,甲州教育局长所提倡的“充满正直用心教育”是非常正确的。在我们必须履行的各种责任中,尤其是教育这一环,更是必须尽心竭力方能把所托付予我们的责任做好。归根究底,我们必须先从用心开始,随着才会自觉地要以正直的情操来服务。如果我们能把教育局长的教育理念贯彻于工作中,必能完善地执行教育职责。

    

我校2014年的大马教育文凭试成绩比起2013年有了大跃进,而2015年又优于2014年的成绩。我校董事会、家教协会和校友会皆对未来几年的成绩寄予厚望。我校实行“有教无类”的教育原则,只要是适龄的孩子,我校都尽心尽力教育。此外,当局每年分派予我校的小六毕业生少有在UPSR考试中考获顶尖成绩者(每年靠获全A被安排来我校升学的只有三至五人),尤有甚者马来文和英文不及格者多达8090人!这意味着进入预备班的学生人数竟高达新生的50巴仙!

 

即便如此,我校管理层和老师们还是尽心竭力教育莘莘学子,冀望学子们在学术、品德的塑造和课外活动方面达致完善,贯彻我校办学方针的标语:“勤学业,重公德,富理想!”。对于孜孜不倦,不辞辛劳教育学子,协助国家民族栽培国家教育哲理和20132025年大马教育发展蓝图宗旨的公中教育工作者,我致以崇高的敬意和谢意。我们都在为国家栽培2020宏愿的栋梁。

    

     仅以此言共勉,谢谢大家!

 

林兴南

马六甲公教国民型华文中学校长