Berita & Peristiwa 新闻与事件 - Berita Sekolah 学校新闻

A+ A- Reset
 

【大马美禄荣誉】ANUGERAH KPM-MSSM-MILO
11 Dec 2021 School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) 


本校生卢昱冰同学获得大马美禄公司遴选为2021年在游泳项目杰出的荣衔,实在可喜可贺。

Tahniah kepada pelajar SM Sung Siew yang bernama Loo Yie Bing (2C) telah dipilih sebagai penerima Anugerah KPM-MSSM-Milo tahun 2021 berdasarkan pencapaian cemerlang dalam bidang renang. Semogo adik Loo dapat memberi inspirasi buat semua warga Sung Siew dan kekal aktif dalam bidang renang.

Anugerah KPM-MSSM-MILO merupakan salah satu inisiatif Milo untuk menggerakkan rakyat Malaysia supaya bergaya hidup sihat di samping membentuk nilai-nilai murni. Anugerah ini diberikan kepada atlet-atlet muda berbakat yang berpotensi untuk membanggakan negara dan juga kepada individu-individu yang telah memberi motivasi kepada mereka. Daripada ribuan atlet, mereka telah dicalonkan kerana telah menunjukkan prestasi tinggi dalam bidang sukan mereka. Tahun ini, para pemenang dipilih berdasarkan pencapaian hebat mereka terutamanya dalam Kejohanan MSSM, Kejohanan Peringkat Antarabangsa serta ciri-ciri juara yang mereka tampilkan.  (L01)



Carian 搜索

Tarikh Bermula 开始日期 :
Tarikh Berakhir 结束日期 :
Berita & Peristiwa 新闻与事件 : Berita Sekolah 学校新闻  Berita Kokurikulum 活动新闻   Kalender Peristiwa 行事历 
 
Poskan Komen 发表评论

Penulis 作者 :
E-mel 电邮 :
Perkataan Anti-Spam 验证码:
Komen 评论 :