Pada 01 November 2019, SMJK Chung Hwa Tenom telah mengadakan Hari Anugerah HEM & Kokurikulum di Dewan Terbuka . Pada hari tersebut juga diadakan Artsy Festival bertempat di Gelanggang Bola Keranjang. Encik Mohd Ridhuan Bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Tenom telah merasmikan Hari Anugerah HEM & Kokurikulum dan Artsy Festival bagi tahun 2019. Turut hadir bersama dalam program ini ialah Encik Ng Tet Hau J.M.N., Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah(LPS) dan AJK-AJK LPS, Puan Georgina Luk, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) dan AJK-AJK PIBG. Ibu bapa pelajar juga dijemput hadir bersama untuk memeriahkan program pada hari tersebut.
i. ARTSY FESTIVAL
ii. HARI ANUGERAH HEM & KOKURIKULUM