Koperasi SM Chung Hwa Tenom Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali – 29 pada 23 Oktober 2019 di Bilik Seminar. Seorang pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Keningau iaitu Encik Anthony Ungkir Dee, Pegawai Pembangunan Koperasi Wilayah Keningau telah hadir bersama dalam AGM Koperasi ini.
Pihak koperasi juga memberi cendera kenangan kepada lima koperator Tingkatan 5 iaitu Audrey Yong Xia Ching, Joanne Yen Chee Yun, Kennewell Yap, Ng Zi Siong dan Darel Doel Dominic.
Selepas AGM Koperasi, terus diadakan jamuan akhir tahun.
i. AGM Koperasi
ii. Jamuan Akhir Tahun