SMJK KWANG HUA

巴生光华国民型华文中学
诚 勤 俭 毅


新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset

Ceramah "Skills to Success"‏
02 Nov 2007 School Admin - SMJK Kwang Hua (SELANGOR, KLANG) 文件存於 Filed Under "Skills to Success"‏

Ceramah "Skills to Success"‏

Selepas program Bengkel Anti-Merokok, ceramah ‘Skills to Success' turut diadakan pada 11:00pagi di bilik ceramah. Ceramah ini diadakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar tentang cara-cara yang terbaik untuk belajar. Ceramah ini hanya terbuka kepada pelajar dari kelas 5S1 dan 5A1 sahaja.

En. Daniel R. Kelch, pensyarah dan 2 orang fasilitatornya dari kolej INTI diundang untuk memberi sebuah ceramah yang bertemakan ‘Skills to Success'.En. Kelch memberi penerangan sambil menayangkan ‘slide-show'. Kemudian, pelajar-pelajar diminta berdiri dan melaung slogan ‘I will succeed' dengan sekuat-kuat hati.

Seterusnya, En. Kelch memilih seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan untuk menguji daya ingatan mereka terhadap pengetahuan-pengetahuan yang telah dipelajari dengan bermain suatu permainan bernama ‘kad memori'. Sebelum mengakhiri ceramah ini, En. Kelch telah memberi satu dek ‘kad memori' dan sehelai jadual waktu kepada pelajar.

 


 





搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment