SMJK School Portal - SMJK KATHOLIK (PJ)

About Us 关于我们

Information 资讯

News and Events 新闻与事件

Co-Curriculum 课外活动

Multimedia 多媒体

Web 2.0 互联网 2.0


News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset

SMJK KATHOLIK, P.J MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
11 Jun 2018 School Admin - SMJK KATHOLIK (PJ) (SELANGOR) 

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2018

八打灵公教中学  颁奖典礼

          Sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar yang memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum pada tahun lepas, Majlis Anugerah Cemerlang sekolah telah diadakan pada 7 April 2018. Sijil pencapaian dan piala juga dianugerahkan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM tahun 2017.

          Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu negeri Selangor. Seterusnya, Tuan Pengetua sekolah, Pn. Low Lai Khun meneruskan pembukaan majlis dengan ucapan alu-aluan. Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang telah memperoleh pencapaian yang cemerlang pada tahun lepas dan juga kepada para graduan tingkatan 5 tahun 2017 yang telah mencipta rekod baharu apabila mencatat keputusan terbaik dalam peperiksaan SPM. Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan pencapaian tersebut, terutamanya para guru sekolah yang berdedikasi. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Tan Sri Lim Hock San DDSA, JP, yang mencerminkan fikiran Tuan Pengetua dalam ucapan beliau.

          Sesi penyampaian hadiah telah dimulakan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada wakil kelab dan persatuan yang telah menyumbangkan masa dan tenaga kepada aktiviti dan pengurusan kelab dan persatuan masing-masing. Seterusnya, sijil pencapaian dianugerahkan kepada pelajar tingkatan 5 yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan sekolah pada tahun 2017. Selepas itu, para graduan tingkatan 5 tahun lepas yang mendapat 9A dan ke atas dalam peperiksaan SPM pula dianugerahkan dengan piala sebagai tanda pengiktirafan. Sebanyak 219 pelajar cemerlang telah dianugerahkan dengan piala dan sijil dalam majlis tersebut. Seterusnya, pelajar tingkatan 6 atas dan graduan tingkatan 6 tahun lepas telah menerima anugerah atas pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. Ibu bapa penerima anugerah dijemput untuk bergambar dengan anak-anak mereka sebagai kenang-kenangan.

          Majlis tersebut diakhiri dengan pengumuman olahragawan, olahragawati serta Pelajar Terbaik bagi tahun 2017. Saudara Terence Ng Shin Jian dan Hee Xiao Yi telah berjaya dianugerahkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati sekolah untuk tahun lepas. Mereka telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan bukan sahaja di peringkat daerah, tetapi juga ke peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Saudara Choo Yuan Zhang dan saudari Ow Ruo Yu pula dianugerahkan Pelajar Terbaik atas pencapaian akademik dan kokurikulum yang begitu terserlah dan cemerlang.

           Selepas nyanyian lagu sekolah, majlis pada pagi itu tamat dengan jayanya.



Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment