新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset
 

SE[2015/56] LDP(1) Taklimat PISA
09 Oct 2015 School Admin - SMJK PHOR TAY (PENANG, GEORGETOWN) 


LDP(1)  TAKLIMAT PISA  

   

NAMA SEKOLAH

SMJK Phor Tay

 FOKUS KURSUS

Kemahiran / Pengetahuan / Nilai dan Amalan Profesionalisme

BIDANG KURSUS

Pengetahuan

NAMA KURSUS

TAKLIMAT KERJA PROGRAM KELAS INTERVENSI PISA

TARIKH KURSUS

28 Januari 2015

TEMPAT KURSUS

Bilik Mesyuarat, SMJK Phor Tay

PENCERAMAH

CIK KALA DEVI  A/P TARMALINGAM

Kursus ini diadakan untuk menyampaikan Taklimat Kerja Program Kelas Intervensi Pisa kepada guru-guru yang akan mentadbirkan PISA untuk 4 subjek iaitu Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi tahun 2015.

        Menurut kajian yang membandingkan antara Malaysia dan Vietnam, Malaysia berada pada kedudukan ke-52 dan dipintas jauh oleh Vietnam yang berada pada kedudukan ke-17. Perbezaan ini jelas menunjukkan sistem pendidikan sekolah Malaysia mengalami masalah dan jauh ketinggalan daripada negara-negara lain. Jika dibandingkan dengan Singapura, China dan Taiwan, negara Malaysia tiada tandingan serta jauh ketinggalan daripada negara-negara tersebut. Persoalan yang ditimbulkan ialah kenapa negara Vietnam mendapat skor tertinggi? Hal ini demikian kerana dari segi sistem pendidikan, negara Vietnam mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Dari sudut yang lain, di negara Vietnam hanya golongan yang berada sahaja yang belajar.

       Manakala keputusan Shanghai menunjukkan sistem pembelajaran di Malaysia ketinggalan selama 4 tahun ke belakang jika dibandingkan dengan Shanghai.

      PISA adalah Kajian Pentadbiran Piawaian Antarabangsa yang melibatkan kajian PISA, Pendidikan Berkualiti dan Memanfaatkan Ekonomi Global.

      PISA memerlukan sampel yakni taksiran secara elektronik di samping memerlukan Instrumen Kajian PISA ( 2 jam), Ujian Kognitif- Ujian Bertulis (2 jam). PISA juga menekankan Ujian Penyelesaian Masalah Berkolaboratif. Fokus Ujian Kognitif pada tahun 2015 merujuk kepada subjek yang  bemula pada tahun 2009 (Bacaan), 2012 (Matematik) dan 2015 (Sains). Domain Kajian menekankan kepada tiga subjek iaitu Literasi Matematik, Literasi Sains dan Literasi Bacaan.



搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment