News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset
 

Lawatan Girl Guide Australia ke SMJK Heng Ee
25 Apr 2018 School Admin - SMJK HENG EE (PENANG, GEORGETOWN) 


Program Lawatan Sambil Belajar Pandu Puteri Dari Australia

 

Tarikh                 : 2 April 2018

Tempat              : 7.25am – 1.50pm

Bil. Pelawat       : 4 Orang                                                            

  1. Georgia - 17 tahun (Aberfoyle Park High School)
  2. Kate Roser – 16 tahun (Sandringham College,Melboutne)
  3. Isla Cameron – 14 tahun (Pymble Ladies College)
  4. Rhiannon Cox – 15 tahun (Cooloola Christian College)

Pelajat Sekolah Yang Terlibat : 10 Orang AJK Pandu Puteri, Kelas 4S5 dan 4M3

Objektif

  1. Menjalin ikatan persahabatan antarabangsa antara murid sekolah dengan warga asing.
  2. Berkongsi ciri-ciri kebudayaan, sejarah, sistem pendidikan sekolah kita dengan masyarakat negara Australia.
  3. Supaya masyarakat di luar negara menyedari pergerakan kepanduan di sekolah kita.

 

Latar Belakang

Sempena  “Georgetown Heritage City Girl Guide International Camp” Anjuran Persatuan Pandu Puteri Pulau Pinang, 4 orang ahli Pandu Puteri dari Australia telah tiba lebih awal di Pulau Pinang untuk menjayakan program “Lawatan Sambil Belajar” ke sekolah kita. Mereka tiba 2 hari sebelum kem bermula dan menginap di rumah 2 orang pelajar SMJK Heng Ee.

 

Aturcara Program Lawatan

Masa

Acara

7.25 am

Perjumaan dan snai kenal dengan Pengetua Sekolah, Puan Loh Soo Ping.

8.00 am

Majlis alu-aluan dengan dihadiri oleh semua ahli Pandu Puteri sesi pagi di Foyer Sekolah.

8.45 am

Menyaksikan tayangan video di Bilik Media Sekolah.

9.45 am

Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah, Kedai Koperasi, Makmal dan Bengkel, Bilik Muzik dan lain-lain.

10.30 am

Kudapan di Kantin

10.50 am

Lawatan ke Balai Cerap Astronomi di tingkat 8 Bangunan Wawasan.

11.30am – 1.50 pm

 Mengikuti PDPC di kelas 4S5 dan 4M3

 

 

 

 

 

 

Refleksi

Program lawatan berjalan dengan lancar. Lawatan mereka memberi peluang kepada murid-murid sekolah untuk berkomunikasi secara berkesan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung menimba pengalaman menyambut tetamu sebagai tuan rumah. Diharapkan program sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan melibatkan lebih banyak pelajar.



Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment