SMJK TIONG HUA

中华国民型中学
Pengetahuan Mercu Jaya


Announcement 公告

Penutupan Sekolah Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19
18 Mar 2020 School Admin - SMJK TIONG HUA (SABAH, SANDAKAN) Filed Under 文件存於 covid-19

Salam sejahtera kepada

Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid
SMJK Tiong Hua Sandakan.

PENUTUPAN SMJK TIONG HUA EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

Dengan penuh tanggungjawab, merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan melalui Perutusan Khas YAB Perdana Menteri bertarikh 16 Mac 2020, jam 10.00 malam ekoran penularan Virus COVID-19. Pihak pentadbiran sekolah telah mengambil keputusan penutupan sementara SMJK Tiong Hua mulai 18 hingga 31 Mac 2020. Sekolah akan beroperasi semula pada 01 April 2020.

Pihak pengurusan sekolah akan sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan situasi ini dan akan memaklumkan kepada tuan/puan (ibu bapa/penjaga murid). Walau bagaimanapun, tuan/puan janganlah berasa cemas kerana kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah dan tindakan bagi mengawal dan mengatasi permasalahan ini.

Sekian, terima kasih.

Unit Pentadbiran
SMJK Tiong Hua
Sandakan
17 Mac 2020