Untuk makluman semua guru dan pelajar, Peperiksaan Percubaan PMR (bagi pelajar Tingkatan 3 sahaja) yang pertama ( 1/2007 ) dan Peperiksaan Pertengahan Penggal 2 (bagi pelajar Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 4) akan mula pada 13/08/2007 dan berakhir 17/08/2007.
Oleh itu semua pelajar adalah diminta membuat persediaan rapi dan merancang ulangkaji di rumah bagi menghadapi peperiksaan berkenaan. Ingatlah kejayaan hari ini adalah kejayaan masa hadapan anda. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh.
Belajar, belajar, belajar dan terus belajar ...