公告 Announcement

Majlis Perpisahan Puan Pharpur
23 Sep 2006  

       Satu majlis persaraan untuk guru Bahasa Inggerissekolah kami,Puan Pharpur telah diadakan pada pagi 23 September 2006 di dewan sekolah.Puan Pharpur telah berkhidmatdi sekolah kami selama hampir 10 tahun mulai 1997.Persaraan Puan Pharpur merupakan satu kehilangan kepada sekolah.Sekolah teah mengucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan Puan Pharpur dan berharap semoga Puan Pharpur sihat dan sejahtera selalu.
       Selepas itu,Puan Pharpur telah mengucapkan sepatah dua kata.Beliau telah berterima kasih terhadap sokongan dan kerjasama guru-guru di sekolah kami selama ini.Beliau juga berharap agar guru-guru dan pelajar-pelajar dapat menjaga nama baik sekolah serta pelajar-pelajar harus mendengar nasihat guru-guru.
       Kemudian,penolong pengetua sekolah,Encik Hee telah menyampaikan sijil penghargaan dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak kepada Puan Pharpur.Wakil dari kelab guru, Encik Wong telah menyampaikan cenderahati kepada Puan Pharpur.Cenderahati juga dihadiahkan oleh kelas Puan Pharpur iaitu kelas 4v1.
       Sebelum majlis persaraan berakhir,semua guru berjabat tangan dan bersalaman dengan Puan Pharpur sebagai penutup majlis.Sebilangan pelajar juga berjabat tangan dengan Puan Pharpur sebelum beliau meninggalkan sekolah.Jasa Puan Pharpur akan kami hargai dan kenangi sentiasa.

       Disediakan,
       Mak Yu Mun