公告 Announcement

Peperiksaan Sekolah
04 Sep 2006  

       Penolong guru besar,Encik Hee telah memberi ucapan pada pagi ini.Beliau berharap agar para pelajar Tingkatan 3 mempunyai intensif mengulang kaji sebelum PMR yang diadakan mulai 3 Oktober 2006.Beliau berharap juga para pelajar Tingkatan 3 mengambil masa mengulang kaji dan berbincang dengan guru jika mendapati tidak faham dengan pelajaran.Para pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sendiri untuk belajar di rumah.Beliau mengingati para pelajar Tingkatan 3 hendaklah belajar dengan lebih tekun dan cuba soalan "Learning To Score" yang dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dalam bentuk cakera padat.Kertas percubaan dari negeri lain juga akan disediakan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3.Encik Hee berharap agar semua pelajar Tingkatan 3 dapat menghabiskan soalan-soalan tersebut.        Selain itu,Encik Hee telah mengumumkan tarikh peperiksaan akhir tahun bagi Tingkatan Empat dan Tingkatan Enam Rendah.Peperiksaan akhir tahun bagi Tingkatan Empat yang berjurusan sains bermula dari 12 Oktober 2006 manakala bagi Tingkatan Empat yang berjurusan vokasional bermula dari 16 Oktober 2006.Beliau juga mengumumkan tarikh peperiksaan akhir tahun Tingkatan Enam Rendah bermula dari 16 Oktober 2006 dan akan sambung balik pada 30 dan 31 Oktober 2006 selepas berhenti atas sebab Majlis Perpisahan Tingkatan Enam yang diadakan pada 22 Oktober 2006.        Disediakan oleh,        Yeong Chee Pun        Mak Yu Mun