公告 Announcement

Pertandingan Perhiasan Papan Kenyataan Kelas & Melukis Poster Hari Kebangsaan
07 Aug 2006  

      Sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-49, pihak sekolah mengadakan
pertandingan perhiasan papan kenyataan kelas.

      Pertandingan ini dibuka untuk semua kelas sesi pagi termasuk Tingkatan 6
atas. Semua kelas dikehendaki menghiaskan papan kenyataan kelas yang
berkaitan dengan kemerdekaan sekolah. Pemenang bagi pertandingan ini akan
diberi hadiah oleh pihak sekolah.

      Bagi kelas mana yang ingin membeli bendera untuk perhiasan tersebut sila
berjumpa dengan Pn. Tsia untuk membuat belian kerana akan mendapat
bendera dengan harga yang lebih murah berbanding di luar.
 
      Selain itu, pertandingan melukis poster hari kebangsaan juga akan diadakan.
Pertandingan ini akan terbuka kepada semua pelajar sesi petang. Dan bagi
pelajar sesi pagi, sesiapa yang berminat boleh menghantar hasil kerja anda
kepada guru-guru kesenian. Juga pemenang pertandingan akan diberi hadiah.

Disediakan oleh Kean Tsong