SMJK CHOONG HUA

羙罗中华国民型中学
WE CAN DO IT IF WE THINK WE CAN


Announcement 公告

SOP AMALAN BAHARU DI BILIK DARJAH DAN KAWASAN SEKOLAH
24 Jun 2020 School Admin - SMJK CHOONG HUA (PERAK, BIDOR) 

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHOONG HUA, 35500  BIDOR, PERAK DARUL RIDZUAN.

霹雳美罗中华华中

SOP AMALAN BAHARU DI BILIK DARJAH DAN KAWASAN SEKOLAH

学校新常态操作准则

  1.             SOP SEBELUM MEMASUKI BILIK DARJAH
    1. Semua murid MESTI melalui pemeriksaan suhu badan, tidak kira naik apa jenis kenderaan ke sekolah.
    2. Pemeriksaan suhu badan murid dijalankan oleh guru bertugas berdekatan pintu dewan sekolah.
    3. Nama murid dan suhu badan murid akan dicatat mengikut kelas pada setiap hari.
    4. Sekiranya suhu badan murid melebihi 37.5°c, pihak sekolah akan menghubungi ibubapa / penjaga supaya membawa anak balik ke rumah.
    5. Murid masuk ke kelas masing-masing dengan beratur dan mengamalkan penjarakan sosial dan dalam SATU HALA SAHAJA.
    6. Murid dikehendaki membasuh tangan sebelum masuk ke kelas.
  2.             SOP SEMASA DI BILIK DARJAH
  1. Meja dan kerusi murid telah disusun mengikut penjarakan sosial dan tidak boleh dialihkan.
  2. Murid bertugas harian perlu membersih dan mensanitasi bilik darjah sebelum sesi pembelajaran bermula.
  3. Murid bertugas perlu memastikan pintu serta tingkap sentiasa dibuka untuk pengaliran udara yang baik.
  4. Murid bergerak masuk melalui pintu hadapan bilik darjah dan diselia oleh guru waktu pertama.
  5. Murid yang bergejala akan ditempatkan di bilik isolasi.
  6. Murid perlu tetap berada di tempat duduk masing-masing dan tidak berkeliaran di luar bilik darjah terutama sewaktu pertukaran guru.
  7. Kumpulan guru bertugas menyampaikan info mengenai Covid -19:

        a. bahayaCovid 19 dan gejala-gejalanya,

        b. tindakan yang perlu diambil dan langkah-langkah kawalan/ pencegahan.

        c. Murid perlu mengelakkan3S (SESAK, SEMPIT dan SEMBANG DEKAT)

         - SESAK: elakkan tempat sesak.

         - SEMPIT: elakkan tempat tertutup yang sempit dan hanya 2 orang murid

                           dibenarkan berada di sudut nilam pada satu-satu masa.

          - SEMBANG DEKAT: elakkan berkumpul, tidak menghampiri dan bersentuhan                                                        dengan rakan dan guru.)

8.     Murid tidak dibenarkan meminjam / menggunakan secara bersama / menyentuh –           semua jenis alat tulis atau apa-apa bahan daripada rakan  sekelas.

9.      Murid sekelas wajib melaporkan kepada guru sekiranya terdapat  murid  yang                 bergejala untuk membendung penularan wabak dalam  kelas.

10.   Hanya seorang murid sahaja (tidak kira lelaki / perempuan) dibenarkan  ke

        tandas pada setiap masa.

11.   Penggunaan pas kebenaran tandas dihentikan dan diganti dengan slip kebenaran                tandas.

  1. WAKTU REHAT /MASA PERGI KE TANDAS
  1. Semasa waktu rehat atau pergi ke tandas, murid wajib sentiasa mematuhi SOP iaitu penjarakan sosial.
  2. Murid  tidak dibenarkan makan di kantin.
  3. Kantin hanya menjual makanan bungkus sahaja. Kantin menerima tempahan makanan untuk hari keesokan.
  4. Semasa waktu rehat, murid bolehmembeli makanan di kantin dan dibawau ntukmakan di dalam kelas atau boleh membawa bekalan makanan dari rumah.
  5. Semua sampah-sarap dan sisa makanan harus dibuang ke tong sampah bertutup. Bekas makanan sendiri harus dibawa balik dan basuh di rumah.
  6. Waktu rehat akan dipantau oleh guru bertugas. Sekiranya ada kes murid enggan mendengar arahan, tindakan disiplin akan dikenakan.

F. WAKTU PJK / WAKTU DI BILIK-BILIK KHAS

1.    Aktiviti sukan dan penggunaan padang tidak dibenarkan.

2.    Murid yang menggunakan bilik-bilik khas diingatkan sentiasa mematuhi SOP penjarakan sosial dan mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan.

3.    Sesi kaunseling boleh diakses bagi semua murid mengikut temujanji yang dibuat.

G.   MENINGGALKAN BILIK DARJAH

  1. Guru waktu akhir mengingatkan murid supaya mematuhi amalan penjarakan social sepanjang perjalanan pulang ke rumah.Tiada amalan bersalaman di antara guru dan murid.
  2. Semua murid dikehendaki membersih dan mensanitasi bilik darjah sebelum keluar dari kelas.Kerja pembersihan dan sanitasikelas selama 15 minit diseliakan oleh guru waktu terakhir.
  1. Apabila loceng terakhir berbungyi, murid bergerak keluar dalam keadaan tenang dan tertib.
  2. Guru waktu akhir menyelia pergerakan keluar murid melalui pintu belakang bilik darjah.
  3. Suhu badan akan diambil sekalilagi oleh kumpulan guru bertugas.
  4. Jika ibubapa atau penjaga belum sampai, murid perlu menunggu di bilik yang disediakan.
  5. Murid dikehendaki terus balik ke rumah apabila tamat waktu persekolahan.

 

 

Cik Margaret Lim Pei Tee

PengetuaSMJK CHOONG HUA