公告 Announcement

An[2017-02] Hari Penetapan Target
08 Jan 2017 School Admin - SMJK PHOR TAY (PENANG, GEORGETOWN) 

Kepada Ibu Bapa Pelajar                                                           5 JAN 2017 Tuan/Puan,

 

Hari Penetapan Target 2017

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah akan mengadakan aktiviti Hari Penetapan Target di sekolah. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 JAN 2017 (Sabtu)

Masa   :  8.30 pagi – 12.30 petang

Tempat perjumpaan : Tempat yang ditetapkan

 

  1. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menjalinkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa supaya bersama-sama membantu pelajar menetapkan sasaran akademik yang ingin dicapai pada tahun 2017 agar pencapaian akademik pelajar dapat dipertingkatkan.  

 

  1. Tuan/Puan dijemput hadir ke sekolah pada hari tersebut untuk berjumpa dengan guru tingkatan anak/waris tuan/puan. Penglibatan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai demi kepentingan dan kemajuan pendidikan anak/waris tuan/puan. Laporan Kemajuan Pejarar tidak akan diedarkan kepada pelajar jika tuan/puan gagal menghadiri sesi perjumpaan tersebut.

       Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

       Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

(Teoh Kha Mooi)

Penanggung Kerja Pengetua

SMJK Phor Tay