关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


公告 Announcement

PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM
13 Mar 2017 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

  1. Calon hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan  peperiksaan SPM diumumkan.

  2. Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan /KesT (LP/AM65A). Borang ini boleh diperolehi dari pejabat sekolah.

  3. Permohonan Penyemakan semula Keputusan Peperiksaan perlu disertakan dengan perkara berikut:

  1. Satu (1) salinan Keratan Keputusan Peperiksaan SPM tahun 2016

  2. Markah peperiksaan percubaan

  3. Salinan borang markah Kerja Kursus/ PEKA (jika berkenaan)

  4. Dua (2) sampul surat berukuran 11cmx22cm beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.00

  5. Kadar bayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan ialah RM100.00 bagi setiap mata pelajaran. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang pos/ kiriman wang / bank draf yang ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Kokok Wang Pos / Kiriman Wang /Bank draf pada Borang Permohonan Semak Semula/ Kes T supaya tidak tercicir.

  6. Cek persendirian tidak diterima.

  7. Borang yang lengkap diisi, dua (2 )sampul surat yang beralamat sendiri dan Wang pos/ kiriman wang/bank draf yang ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN hendaklah dihantar ke pejabat sekolah dalam tempoh seminggu dari tarikh keputusan diumumkan.

    PERINGATAN:

    1. Borang permohonan yang lengkap dan diterima oleh Lembaga Peperiksaan akan diberi keratan Akuan Penerimaan. Sila gunakan Nombor Rujukan pada keratan Akuan Penerimaan tersebut dalam semua urusan yang berkaitan.

    2. Keputusan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan akan dihantar kepada pemohon menggunakan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.

    3. Sekiranya berlaku perubahan gred, Keratan Keputusan Peperiksaan yang lama hendaklah diserahkan kepada sekolah sebelum mendapatkan Keratan Keputusan Peperiksaan yang berlaku.