SMK TONG HUA

东华国民型中学

Together Achieve More (TEAM)


About Us 关于我们 - School History 学校历史

A+ A- Reset

  PENDAHULUAN:

        Adalah menjadi satu kebiasaan bagi suku Foochow yang datangnya dari selatan Negera China ke kawasan Bahagian Sibu dan Bahagian Sarikei pada awal abad ini, di mana mereka menetap, mereka akan membina sebuah gereja Methodist dan di sampingnya sebuah sekolah yang beraliran Bahasa Cina . Demikianlah caranya tertubuhnya Sekolah Tong Hua yang terletak di Sungai Tulai, Meradong.

      Sejarah SMK Tong Hua boleh dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu:-

Sebelum Pendudukan Jepun

Semasa Pendudukan Jepun

Selepas Pendudukan Jepun

Selepas Sarawak Merdeka Dalam Malaysia

 

Sebelum Pendudukan Jepun (1931-1941)

         Pada tahun 1930 sekumpulan orang Foochow yang diketuai oleh Mubaligh Rev.James Hoover dan Kapitan Cina En. Lau Kah Tyiu telah datang menetap di Sg. Tulai, Meradong. Demi semangat mementingkan rohani mereka dan pendidikan kanak-kanak, peneroka-peneroka itu telah membina sebuah gereja dan sebuah Sekolah Tong Hua. Pengasas-pengasas sekolah itu adalah En. Wong Ting Ing, En. Wong Naik Lik dan En. Chieng Chung Soon. En. Wong Yew Chiok adalah seorang Guru Besar yang pertama sekolah tersebut. Selain menjadi Guru Besar, beliau juga bertugas sebagai Paderi gereja Methodist di situ.

        Jumlah murid pada mulanya adalah kurang daripada 20 orang. Bangunan sekolah pada masa itu dibuat daripada atap dan kayu tempatan. Pengurusan sekolah adalah di bawah Lembaga Pengurusan Sekolah dan ahli-ahlinya dipilih daripada penduduk-penduduk kampung bertanggungjawab atas segala perbelanjaan sekolah.

 

Semasa Pendudukan Jepun (1942)

        Semasa pemerintah Jepun,, sekolah ini terus dibuka. Murid-murid dikehendaki mempelajari Bahasa Jepun selain daripada Bahasa Cina, iaitu bahasa penghantar asalnya sekolah itu.

 Selepas Pendudukan Jepun (1946-1963)

        Selepas Jepun menyerahkan diri pengurusan sekolah diambil balik oleh lembaga Pengurus Sekolah dan bahasa penghantar dikembalikan ke Bahasa Cina semula. Bilangan murid terus meningkat. Pada tahun 1948 sekolah menengah dan sekolah rendah adalah di bawah pentadbiran seorang guru besar dan satu Lembaga Pengurus Sekolah.

       Pada tahun 1957 pengurusan sekolah ini diambil alih oleh gereja Methodist dan ianya menjadi sebuah sekolah “mission”. Penyelia sekolah yang mempunyai kuasa yang amat besar terhadap pentadbiran sekolah (termasuk mengambil dan menamatkan perkhimatan guru besar dan guru-guru) dilantik oleh gereja Methodist yang beribu pejabat di Sibu. Pada awal tahun enam puluhan, jumlah pelajar di sekolah rendah telah meningkat ke 200 orang. 

 Selepas Sarawak Merdeka Dalam Malaysia (1963-1997)

                Selepas Sarawak merdeka dalam Malaysia, sekolah Tong Hua seperti kebanyakan sekolah yang beraliran Bahasa Cina yang lain telah menjadi sebuah sekolah menengah bantuan. Bahasa pengantar bagi sekolah menengah telah bertukar dari Bahasa Cina ke Bahasa Melayu. Mulai tahun 1967, pentadbiran sekolah rendah dan sekolah menengah telah diasingkan. Kedua-dua pihak mempunyai guru besar dan guru-guru masing-masing. Sekolah menengah mula dinamakan sebagai Sekolah Menengah Bantuan Tong Hua. Pada masa itu, SMB Tong Hua hanya membuka kelas sampai tingkatan 3 sahaja.

 Kini

            Kini, Sekolah telah semakin maju dan berkembang. Pada tahun ini, SMK Tong Hua telah membuka kelas tingkatan 4 & 5 aliran sastera dan sains. Jumlah pelajar di sekolah ini lebih kurang  360 orang dan majoritinya terdiri daripada kaum cina. Sekolah ini bukan sahaja cemerlang dalam aspek akademik malahan juga dalam bidang sukan khasnya olahraga, catur, dan ping pong.