SMK CHUNG HUA, SIBU

诗巫中华中学

"Outwit Others, Outwit Ourselves"


About Us 关于我们 - School History 学校历史

A+ A- Reset

 

SEJARAH SEKOLAH

Ringkasan Sejarah SMB Chung Hua, Sibu, Sarawak

Tahap 1 - Permulaan

1916

Pada peringkat permulaan, SMB Chung Hua, Sibu dikenali sebagai Sekolah Ming Teck yang diasaskan oleh Encik Chang Eng Tu dan terletak di belakang Bangunan Pagoda Tokong Sibu sekarang.

1919

Kemudian, Sekolah Ming Teck Kwok Min diubah namanya menjadi SMB Chung Hua.

1925

Kelas  Bahasa  Inggeris   dimulakan   dan   diajar oleh  guru-guru secara         sukarela, iaitu Encik Chuan Ze Mu, isteri beliau, iaitu Puan Wong Li Chi, dan paderi Father Rev. Zames Hoover.  Kelas Bahasa Inggeris diteruskan sehingga kematian Encik Chuan Ze Mu pada tahun 1940.

1928

Bangunan sekolah terbakar pada malam 15 Februari.  Bangunan sementara sekolah telah dibina.  Pada penggal yang berikutnya, sekolah ini telah berpindah ke bangunan konkrit 3 tingkat di Jalan Island.

 

 

Tahap 2 - Jalan Cross, 1930

1930

Bangunan sekolah yang baru dibina di Jalan Cross (kini ialah lokasi sekolah rendah) dengan wang yang dikumpul oleh Encik Chang Chong Lo melalui cukai eksport getah setelah mendapat keizinan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.  Pada masa itu, Pengerusi Lembaga Sekolah ialah Encik Ting Su Tieng.

1931

Encik Ling Ho Shiy dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah dalam mesyuarat Lembaga Sekolah.  Ahli Lembaga Sekolah, iaitu Encik Ting Chong Tze mencadangkan perubahan dalam pentadbiran Lembaga Sekolah.  Cadangan beliau telah diterima.  Perubahan ini membawa perkembangan pesat kepada sekolah ini.

1932

Encik Ting Chong Tze menjadi Pengerusi Lembaga Sekolah dan Pengetua sukarela di sekolah ini.  Beliau telah memperluas kawasan sekolah dan menambahkan kelas tadika yang sedia ada.

Tahap 3 - Permulaan Kelas-kelas Menengah

1935

Sekolah Menengah dimulakan.  Encik Shi Hock Kan dilantik sebagai Pengetua sekolah.

1936

Encik Chew Geok Ling dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah dan Encik Ting Chong Tze dilantik sebagai Penyelia Sekolah.  Kelas Menengah Rendah dimulakan.

1938

Encik Wong Si King dilantik sebagai Pengetua Sekolah.

1939

Satu konsert telah diadakan pada bulan Mei untuk mengutip wang bagi pembinaan bangunan baru.

1940

Bangunan sekolah baru telah siap dibina.  Bangunan lama telah dirobohkan.

1941

Encik Lu Sao Chao menjadi Pengetua Sekolah.  Tidak lama kemudian, tercetuslah Perang Pasifik, bandar Kuching telah ditawan oleh tentera Jepun.

1942

Pada 29 Januari, bandar Sibu telah ditakluki oleh tentera Jepun. Pada bulan Oktober, semua sekolah aliran Cina telah ditutup oleh kerajaan Jepun.  Sekolah Chung Hua telah ditukar nama kepada Kwok Min Zebu Ketiga.

1945

Tentera Jepun menyerah kalah.  Persekolahan disambung pada 1 Oktober.  Encik Shi Hock Kan sekali lagi dilantik sebagai Pengetua Sekolah.

 

 

Tahap 4 - Pemulihan

1948

Persatuan Kwon Han menderma satu blok bangunan kedai dan sebidang tanah yang kemudiannya membawa kemajuan kepada sekolah ini.

1950

Encik Shi Kwin Tai dilantik sebagai Pengetua Sekolah.  Beliau telah menambahkan bilangan kelas malam untuk mengajar Bahasa Inggeris.  Pada bulan September, Encik Shi Kwin Tai telah dilantik sebagai Penyelia Jabatan Pendidikan Bahagian Sibu.  Sementara itu, tugas-tugas Pengetua dilaksanakan oleh Penyelia Lembaga Sekolah, iaitu Encik Ting Chong Tze.

1951

Encik Sai Yan Chih dilantik sebagai Pengetua Sekolah.

1953

Encik Cho Chi Pang dilantik sebagai Pengetua Sekolah.

1956

Encik Chu Yang Ming dilantik sebagai Pengetua Sekolah.  Pada tahun yang sama, murid kumpulan pertama menamatkan kelas menengah atas.  Pada tahun yang sama juga, kerajaan mula memberi peruntukan kepada sekolah.

1960

Kempen Bangunan Sekolah dijalankan.  Jumlah wang yang dapat dikumpulkan oleh Lembaga Sekolah daripada orang awam adalah sebanyak RM85,000.00; staf dan kakitangan am sekolah sebanyak RM10,355.00; murid-murid sekolah menengah sebanyak RM11,500.00, dan murid-murid sekolah rendah sebanyak RM7000.00.

1962

Encik Chu Yang Ming bersara dan Encik Fu Yin Ang menjadi Pengetua Sekolah.

1963

Bahasa Inggeris telah menggantikan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar sekolah dan kelas peralihan dimulakan.

 

 

Tahap 5 - Jalan Upper Lanang,1964

1964

Bangunan baru di Jalan Upper Lanang telah disiapkan.  Sekolah menengah telah berpindah ke bangunan baru pada bulan Ogos.

1965

Pengerusi Lembaga Sekolah Encik Chew Geok Ling telah meninggal dunia.

1966

Encik Chew Peng Ann telah dicalonkan sebagai Pengerusi yang baru.  Encik Lo Chee Ping dilantik sebagai Penyelia Sekolah.  Pada tahun yang sama, murid-murid kumpulan pertama (Junior) aliran Bahasa Inggeris menamatkan persekolahan mereka.

1967-1968

Kelas Tingkatan 4 aliran Bahasa Inggeris dimulakan.

1972

Encik Fu Yin Ang bersara dan Encik Chang Fui Sak dilantik sebagai Pengetua yang baru.

1973

Encik Chen Rei Lin menyandang jawatan sebagai pemangku Pengetua.

1975

Encik Un Kiam Kiong dilantik sebagai Pengetua Sekolah.

1976-1983

Encik Wong Soon Koh menjadi Pengetua Sekolah.

1982

Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar sekolah.

1984

Encik Kong Chung Nam menjadi Pengetua Sekolah.

1985

Sekolah ini dinaik taraf sebagai sekolah jenis A.

1985-1993

Encik Yong Chin Deck menjadi Pengetua Sekolah.

1994-2000

Encik Arthur Lim Hiong Tze menjadi Pengetua Sekolah.

2000-sekarang

Puan Yew Siu Sien menjadi Pengetua Sekolah.

2001

Persatuan Ibu Bapa dan Guru ditubuhkan dan Encik Robert Chew dilantik sebagai pengerusinya.

2002

Gelanggang bola keranjang dan 4 buah bilik darjah baru telah dibina.  Projek joggerthon dan jumbo sale diadakan untuk mengumpul dana bagi pembinaan gelanggang bola keranjanag dan 4 buah bilik darjah baru.  Wang yang berjaya dikutip melebihi RM130,000.00.  Joggerthon diadakan pada bulan Jun dan jumbo sale diadakan pada bulan Oktober.

2005

Bangunan serba guna sedang dibina.