Tentang Kami - Sejarah Sekolah


A+ A- Reset

SEJARAH RINGKAS SMJK YUK CHOY

1908 ~ Sekolah ini ditubuhkan pada bula Januari dengan menyewa tiga buah kedai di Menglembu sebagai kelas sementara. Hanya darjah 5 dan 6 diadakan.

1910 ~ Bangunan sekolah yang baru telah disiapkan dan sekolah ini menjadi sebuah sekolah yang lengkap (Darjah 1-6) . Satu cawangan juga ditubuhkan di sebuah tokong Cina, iaitu Tai Pak Kong.

1914 ~ Cawangan di tokong Cina Tai Pak Kong disiapkan menjadi Sekolah Rendah Ipoh. 1922 ~ Pada bulan Januari sekolah didaftarkan di Pejabat Pendidikan. 1923 ~ Pada bulan Jun sekolah mendapat bantuan daripada kerajaan. Perpustakaan dan Makmal Sains ditubuhkan. 1924 ~ Sekolah peringkat Menengah dimulakan. 1941 ~ Pada 15.12.1941, Ipoh ditakluki oleh askar Jepun. 1942 ~ Sekolah ditutup dan digunakan oleh askar Jepun sebagai markasnya. 1945 ~ Pada bulan Ogos, tentera Jepun menyerah kalah. Pada 1 November 1945, sekolah dimulakan semula. 1947 ~ Mengadakan cawangan sekolah yang kedua di Jalan Bendahara. Sebuah bangunan untuk sekolah rendah telah dibina. 1948 ~ Kelas-Kelas Menengah dipindahkan ke Jalan Kuala Kangsar. 1952 ~ Bangunan baru bahagian sekolah menengah mulai dibina pada 1 Ogos. 1963 ~ Sekolah ini dibahagia kepada dua buah sekolah : SMJK Yuk Choy dan Sekolah Tinggi Yuk Choy Suwa. 1985 ~ Sekolah Tinggi Yuk Choy Suwa berpindah ke bangunana baru di Jelapang. 1986 hingga 1996 ~ Beberapa projek pembangunan kemudahan sekolah telah dilaksanakan. Antaranya termasuk menyediakanbeberapa buah bilik bengkel, memperluas bangunan kantin sekolah, memperbaiki bumbung bilik guru dan mengecat semula dindingbilik darjah. Struktur organisasi sekolah juga mengalami sedikit perubahan dengan perlantikan baru jawatan guru-guru kanan. 1997 ~ Untuk menyahut seruan kerajaan dalam usaha membangunkan teknologai maklumat (IT) , pihak sekolah telah menubuhkansebuah makmal komputer dengan melengkapkan 20 buah komputer baru bersipa kemudahan Internet. Makmal ini menelanperbelanjaan berjumlah RM 50,000.00 , dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Pengarah Pendidikan , Negeri Perak pada 14 November 1997. 1998 ~ Untuk meningkatkan kebersihan dan keceriaan kantin sekolah, pihak sekolah telah melaksanakan projek membaik pulih kantinsekolah. Projek tersebut menelan perbelanjaan berjumlah RM 85,000.00 dan telah selesai pada penghujung bulan September 1998. Kos projek tersebut diperoleh melalui aktiviti Hari Kantin dan sumbangan derma bekas pelajar serta orang ramai. 1999 ~ Sekolah dipimpin oleh tuan pengetua yang baru iaitu Encik Foo Ho Loke. Beliau telah melancarkan beberapa program untukmengeratkan hubungan antara pihak Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan pihak sekolah, di sampping meningkatkan taraf profesionalisme di kalangan warga guru serta memberi dorongan kepada para pelajar ke arah mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam bidang pelajaran dan kokurikulum. Kelas-Kelas terpilih tingkatan 4 telah dimulakan kelas komputer dan pendidikan vokasional sebagai langkah awal sekolah dalam usaha menuju ke arah pelaksanaan progam sekolah bestari dan sekolah ke kerjaya. Pihak sekolah turut membaik pulih bumbung bangunan sekolah, dewan, bilik syarahan, pejabat, di samping membina sistem perparitan di bahagian tepi kantin sekolah. 2000~ Sekolah di bawah pimpinan pengetua Encik Tan Teik Lee. Bangunan tandas dan bilik menukar pakaian pelajar perempuan telah dibina dengan jumlah kos RM47,000.00. Lakonan 7 nilai moral yang asas telah diperkenalkan sebagai usaha ke arah membina watak pelajar yang positif dan berdisiplin tinggi. 2001 ~ Hari Jogathon diadakan untuk mengutip derma bagi membiayai projek membina semula bumbung dewan sekolah. En. Ong Yew Lee mengambil alih jawatan pengetua mulai 1Mei 2001. 2002 ~ Hari Kantin diadakan pada 28 September 2002 (Sabtu). Program ini bertujuan mendapatkan sumber kewangan bagi membina semula gelanggang bola keranjang dan menambah bilik aktiviti pertubuhan kokurikulum. 2003 ~ 2 buah gelanggang bola keranjang dan 10 buah bilik pertubuhan kokurikulum siap dibina. Tandas-tandas lelaki dinaik taraf dengan perbelanjaan RM 30,000.00 Jawatan Penolong Kanan Kokurikulum diwujudkan dan disandang oleh Encik Teh Lit Sin. 2004 ~ Penolong Kanan Kapt. Chan Weng Kwai dilantik sebagai Pengetua sekolah lain pada 16 Julai 2004. Jawatan Penolong Kanan Pentadbiran diisi oleh Encik Foo Seng Teek. 2005 ~ Projek Hari Kantin 2005 berjaya mengutip RM60,000. Wang itu digunakan untuk membina bumbung kantin semula dan membaiki bilik-bilik kegiatan kokurikulum.