Tentang Kami 关于我们 - Sejarah Sekolah 学校历史

A+ A- Reset

SEJARAH SEKOLAH



  SMJK Tsung Wah sebenarnya berasal dari Sek.Ren.Tsung Wah, oleh sebab itu untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang latar belakang sekolah ini, sini dihuraikan secara ringkas tentang sejarah dan perkembangan sekolah rendah Tsung Wah.

Sekolah Rendah

  Sekolah Rendah Tsung Wah diasaskan pada tahun 1911 dengan 20 orang murid serta menggunakan bangunan Klinik Kebajikan Masyarakat di Jalan Kangsar. Kemudian sehingga 1926 pihak sekolah baru sanggup mendiri bangunan sendiri. Pada tahun 1941, sekolah ditutup akibat Pendudukan Jepun, lepas peperangan, dibuka semula mulai tahun 1945. Selepas 1948, sekolah berkembang dengan pesatnya di bawah pimpinan Pengerusi Pengurus En.Khor Tai Seng dan Guru Besar En.Chen Chih Chow.

Sekolah Menengah

  Memandangkan ramai murid terpaksa melanjutkan pelajaran menengah ke- Pulau Pinang, Taiping atau Ipoh, maka beberapa orang yang terpelajar telah membuat seruan supaya diadakan sebuah Sekolah Menengah Cina di Kuala Kangsar. Pengerusi Pengurus En.Khor Tai Seng pun memanggil Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengurus untuk berbincang melancarkan usaha yang amat mulia dan bermakna ini. Jawatankuasa Pembangunan Sekolah Menengah yang dipimpin oleh En.Khor, En.Chuah Chong Sek dan Guru Besar En.Chen Chih Chow telah berjaya mengutip derma sebanyak $20,000 , juga memperolehi surat kebenaran serta Bantuan Kewangan daripada Pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Akhirnya mulai tahun 1956, Bahagian Sekolah Menengah telah berpindah ke Bangunan Baru di Jalan Low,iaitu tapak sekolah ini sekarang.

  Pada April 1958, Jabatan Pelajaran Negeri mengarahkan Sekolah Rendah diasingkan dari Sekolah Menengah, supaya menjadi dua buah sekolah. Dengan itu, En.Chen Chih Chow dilantik menjadi Guru Besar pertama sekolah Menengah.Pada masa itu, bilangan murid di Sekolah Menengah sudah meningkat kepada 386 orang. Kumpulan Tamatan Tingkatan Tiga pertama keluar pada tahun 1954 dan sejak itu setiap tahun murid-murid tamatan telah mengambil Peperiksaan Sijil Junior Middle Three anjuran Kerajaan sehingga 1960. Peperiksaan tersebut dibatalkan.Keputusan Peperiksaan yang dicapai sungguh cemerlang dan membanggakan.

 Dalam pada itu, keperluan mengadakan Tingkatan Menengah atas semakin mendesak. Maka pada tahun 1959 usaha ini telah dimulakan oleh ahli Lembaga Pengurus, antaranya ialah Pengerusinya En.Loh Beow Seng (JP),En.Gan Ee Tang, En.Chuah Chong Sek dan En.Chuah Chee Hooi. Dengan kegigihan mereka telah mengatasi beberapa rintangan, dan berjaya mengadakan Kelas Tingkatan atas (Senior Middle) pertama pada tahun 1960. Disamping itu, Lembaga itu juga sanggup membeli tapak tanah baru yang bersebelahan dengan tapak lama serta melancarkan projek pembangunan fasa kedua.

SMJK Tsung Wah

 Sejak tahun 1962 sekolah ini telah ditukarkan nama menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tsung Wah, dengan bilangan kelas 22. Pada hujung tahun 1962, kumpulan pertama tamatan tingkatan atas (Senior Middle 3) meninggalkan sekolah.SMJK Tsung Wah merupaka sebuah sekolah yang diselaraskan mengikut undang-undang (Comforming Chinese School). Sebelum 1962, sekolah ini menjadi Sekolah Menengah Cina tulin yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran kecuali Bahasa Inggeris. Sejak tahun 1962, sekolah ini ditukar menjadi SMJK dan bahasa pengantar ialah Bahasa Inggeris. Kemudian dengan perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mulai dari tahun 1975 Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar secara berperingkat-peringkat dari Tingkatan Peralihan ke Tingkatan 5. Maka pada tahun 1980, murid-murid Tingkatan 5 sekolah ini pertama kali memasuki Peperiksaan SPM.

  Sekolah ini telah dinaikkan grednya daripada Gred C ke Gred A mulai dari 1hb. Januari 1980. Bilangan guru akhir-akhir ini telah meningkat seramai 94 orang dan bilangan murid pula melebihi 2000 orang.

 Pada tahun 1988 kelas Tingkatan Enam Sains buat pertama kalinya telah diadakan di sekolah ini. Untuk kegunaan tingkatan enam, Blok tingkatan enam telah siap dibina pada tahun 1993.

Pengetua dan Gred Sekolah

 Semasa sekolah ini diiktirafkan sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Gred C pada 01.01.62, En.Chen Chih Chow telah dilantik menjadi Pengetua pertama. Beliau telah melanjutkan perkhidmatannya sehingga bersara pada 31.12.1969.

  Dari 01.01.70 En.Yong Ain Tai, seorang Pegawai Pelajaran telah mengambil alihpucuk kepimpinan sehingga 31.12.72, kemudian beliau ditukar berkhidmat di Alor Setar . Sejak 01.01.72 hingga 31.08.92 En.Yu Cheng Sun telah memimpin sekolah ini. Sekolah ini telah berkembang dengan pesatnya dari segi bilangan pelajar dan kemudahan fizikal, sekolah ini telah dinaikkan grednya dari Gred C ke Gred A mulai 1.1.80. Pada 1.9.92, En.Yu Cheng Sun ditukarkan ke SMJK Sam Tet,Ipoh.

  En.Leong Chee Seng telah dilantik menjadi Pengetua mulai dari 16.10.92. En.Leong Chee Sing telah bersara secara wajib pada 1.12.1996. Dari 1.12.1996 Pn.Lily Chin telah memimpin sekolah ini sebagai Pengetua sehingga beliau bertukar berkhidmat di SMK Perempuan Methodist, Ipoh.  En.Chew Boon Tai telah dilantik menjadi Pengetua mulai dari 16.12.1998. En.Chew Boon Tai telah bersara secara wajib pada 3.7.2004. En.Yeoh Chow Khoon telah dilantik menjadi Pengetua mulai dari 16.7.2004. En. Yeoh Chow Khoon telah bersara secara wajib pada 15.10.2006.

  Sejak 15.10.2006 hingga sekarang, En.Tung Chon Huat telah dilantik untuk mengambil alih pucuk kepimpinan di sekolah ini. Sebelum dinaik pangkat sebagai Pengetua beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Kanan di sekolah ini.

 

校史

1952年  崇华国民型中学源自于崇华小学。中学部创立前,本地的华裔小六毕业生都必须到太平、怡保甚至槟城等地方的华校升学。有鉴于此,在江沙华社的鼎力支持下,于1952年设立了中学部。在建校初期,中学部和小学共用一间校舍。直到1956年才迁移至现今的校舍。


1958年小学和中学的行政管理正式被分开来。当时,崇华中学的学生人数已经增至386位学生。当时崇华中学只提供学生们至初中三的课程,初中三的毕业生过后须前往外地继续升学。


1960年  本校申办高中课程的计划在本校前董事长拿督骆谋生局绅的领导下于1959年展开。最终,本校高中课程在1960年获得了批准开办。


1961年  10月21日,在华社激烈反对下,国会通过《1961年教育法令》,崇华中学面临了改制风潮的席卷。为了削弱华社对华文中学改制的抗拒,教育部准许国民型中学(改制中学) 在下午附设独立班,过后经历70年代独中复兴运动的发展成为现今的崇华独立中学。


1962年  崇华国民型中学在改制初期(自1962年)以英语为教学媒介语。过后联邦政府在1975年国民教育政策的执行下开始分阶段把教学媒介语统一成马来文。


1971年  于学校正面,当时原有的办公处与旧科学馆与旧科学馆之间,加建两层校舍(现为教职员办公室),楼上为三间教室及一间储藏室(现为学校贩卖部)。


1988年  随着本校学生逐年增加,本校终于在1988获得批准开办大学先修班(中六)课程。通过[崇华行]等大型活动筹募款项,兴建了当时为江沙最大的崇华礼堂。同年的高中毕业典礼首次于该礼堂举行.


1993年 本校先修楼于年底竣工。次年本校通过徒步义行等活动筹获约十万令吉,以添购该校舍的科学室器材及设备。同时校方也将筹获的款项用于修复本校破旧不堪的篱笆及排水欠佳的篮球场。


1999年 在本校三大机构的齐心协力下,兴建资讯暨食堂大楼工程终于在1999年10月25日正式展开,邀请时任贸工部拿督斯理拉菲达阿兹士主持动土礼。次年,一座崭新的资讯暨食堂大楼就树立在校园内。


2002年 董家教设立崇华国民型中学永久教育基金,赞助人所捐助款项将定期存收在银行,所得利息充作学校发展与学生福利经费。此项永久教育基金于2002年的高中毕业典礼当天正式推介。


2008年       一座极具中国风味的红色凉亭暨刘文庆局绅聚贤堂同时竣工。时任校长陈俊发AMP,时任董事长刘文庆局绅,时任家协主席许益镇PMP,AMP与一众董家教成员主持了一项盛大的启用仪式。


2011年 崇华学校欢庆建校100周年,主题为《百年崇华更辉煌》。本校有幸承办一系列活动当中的开幕暨闭幕典礼、学术展览、校友球艺观摩赛及多项讲座会。此外,本校也配合校庆而举办《校园百年十大星光之夜》歌唱比赛,并借此机会推展筹募50万令吉经费,以筹建有盖篮球场。