今天是阳历 2024 年 03 月 28 日 星期四 农历 二月月 十九日

 

KHIDMAT MASYARAKAT PERDANA – PROGRAM BUMI HIJAU KOLABORASI DENGAN GREEN BUDDY (ECO – BRICK) 社区绿化活动(环保砖)[16.03.2019]
17/03/2019 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • 

SMJK Chung Hwa Tenom telah mengadakan Khidmat Masyarakat Perdana – Program Bumi Hijau Kolaborasi dengan Green Buddy (Eco – Brick) pada 16.03.2019.

Aktiviti Khidmat Masyarakat Perdana diadakan pada jam 7.30 – 9.00 pagi. Murid-murid sekolah ini telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan guru pengiring ke 8 lokasi di sekitar Pekan Tenom untuk memungut sampah menggunakan plastik biodegradasi yang dibekalkan oleh Green Buddy. Ibu bapa yang hadir turut serta dalam aktiviti memungut sampah. Selain itu, pada hari yang sama, sebilangan guru dan murid sekolah ini mengikuti larian “Run For Special Kids”. Mereka juga memungut sampah sepanjang laluan larian mereka. Pasukan dari Green Buddy yang terdiri daripada Encik Kelvin Chin Tiam Meng, Pengurus Eco Material Sdn. Bhd. , Cik Hyren Chin Kah Sim, Cik Themis Yeo Mien Loo, Encik Marcellus Aloysius dan Cik Norfadzillah Binti Marius juga mengikuti aktiviti ini.

Pada jam 9.00 – 10.00 pagi, aktiviti membuat eco – brick diadakan di kelas masing-masing bersama guru kelas dan guru penyayang.

Pada jam 10.00 pagi – 12.00 tengahari, Majlis Program Bumi Hijau telah diadakan di Dewan Terbuka SMJK Chung Hwa Tenom. Encik Ng Tet Hau J.M.N., Pengerusi LPS, Puan Geogina Luk, YDP PIBG, Encik Chew Eng Soon, Timbalan YDP PIBG dan AJK PIBG turut serta dalam majlis tersebut. Dalam majlis tersebut, Encik Kwok Chee Yen, Pengetua SMJK Chung Hwa Tenom bersama Encik Kelvin Chin telah menandatangani memorandum disaksikan oleh Pengerusi LPS, YDP PIBG, Naib YDP PIBG dan ahli-ahli Green Buddy . Encik Kelvin Chin juga telah memberi sumbangan bernilai RM2140 kepada PIBG sekolah untuk menampung perbelanjaan hadiah wang tunai bagi aktiviti pertandingan, hadiah cabutan bertuah dan jamuan makan.

(1)  Aktiviti Memungut Sampah di Sekitar Kawasan Pekan Tenom

 

 

 

 

 

 

 

 

(2)  Aktiviti Membuat Eco - Brick di Kelas

 

(3)  Majlis Program Bumi Hijau